~ sama nama, lain tempat ~
Nov 1, 2010
janji temu dibuat melalui seorang staf yg menyampaikan maklumat kepada aku.
dia memberikan aku masa dan lokasi pertemuan itu. dua hari sebelum pertemuan sebenar.
pada pagi janji temu yg dijadualkan, profesor tersebut menunda masa pertemuan, lewat sejam.
tak mengapalah, asalkan aku diberitahu lebih dulu.
sementara menunggu janji temu itu, aku ke bank dan kemudiannya ke kedai buku.
nak buat rujukan sikit berkaitan buku-buku yg sedang aku tangani.
bila hampir tiba waktu, aku pun tuju tempat pertemuan yg diaturkan.
aku tahu tempat itu, tetapi ada masalah parkir kerana kerja-kerja pembinaan bangunan di sekitarnya.
mujur jugak dapat petak parkir kosong. walaupun agak jauh sedikit. aku perhatikan beberapa pemandu lain, berlegar-legar atau tawaf mencari petak kosong.
waktu pertemuan ialah jam 12:00. sebaik sampai ke sana, aku ditelefon oleh staf yg profesor tersebut sedang menunggu aku. aku maklumkan yg aku dalam perjalanan.
sesampai 'di situ' aku pun menelefon profesor itu. bertanyakan di manakah lokasi bilik pertemuan itu. sebab aku sudah berlegar-legar di bangunan itu beberapa ketika tetapi tidak menemui 'vip room' yg dimaksudkan.
prof. itu hairan, kerana dia memang menunggu aku di situ. macam mana boleh tak jumpa?
selepas 'bertukar-tukar' maklumat sedarlah kami, bahawa aku sudah tersalah tuju tempat. nama tempat yg sama tetapi lokasinya di bangunan lain. malah di tempat lain sebenarnya.
ini sebenarnya gara-gara maklumat salah yg diberi oleh staf aku.
lalu aku pun, menelefon semula staf aku. dengan suara yg sedikit tinggi. staf tersebut tidak mengaku salah sebaliknya mengaku dia tidak memberikan maklumat lengkap. hanya menyebut nama bangunan dan tempat tetapi bukan lokasi penuh. maksudnya ada dua nama tempat dan bangunan yg sama tetapi di lokasi yg berbeza. dan nasib aku tak baik menuju ke bangunan yg lebih dikenali ramai.
lalu aku pun berpatah balik dan menuju ke lokasi pertemuan yg dimaksudkan dan dibetulkan oleh prof. tadi. waktu agak suntuk. waktu itu sudah jam 12.20 pm. melewati waktu rehat hari jumaat. tapi aku usahakan juga kerana sudah berjanji.
sampai ke lokasi kedua, sekali lagi masalah parkir menjadi halangan. aku terpaksa parkir jauh.
sampai di sana aku bertanyakan 2-3 orang akan lokasi yg dimaksudkan. tidak ada yg tahu. malah seorang daripada mereka, yg aku percaya salah seorang staf di situ menyatakan bangunan yg aku cari terletak di tempat yg aku sudah sampai awal tadi.
jadi, aku ambil keputusan menghubungi prof. tersebut.
dia menyatakan yg waktu sudah tersasar. dan kini dia sedang mempengerusikan satu mesyuarat lain. dalam nada yg agak sinis dia menunda pertemuan ini kepada satu tarikh baru.
aku hanya mampu memohon maaf atas kesilapan atau salah komunikasi yg berlaku.
~ sms daripada tan sri ~
Oct 31, 2010
sms berbunyi "asalamualaikum. apa khabar datuk, sihat?"
nombor tak dikenali.
siapa gerangannya.
adakah sekadar gurauan daripada kawan lama.
atau sekadar tersalah nombor.
selepas berfikir sejenak
aku balas sms itu "waalaikumsalam. khabar baik. tan sri sihat tak?"
sms itu tidak berbalas atau berjawab.
~ eksiden yang sengaja ditempah ~
Oct 29, 2010
aku sudah menjangkakan akan berlaku kesesakan lebih daripada hari-hari biasa.
tetapi tidaklah seteruk yg aku jangka seperti pagi ini.
berlaku kemalangan yg mengganggu perjalanan. di lebuh raya sg besi. betul-betul di bawah lebuh raya nkve bkt jalil-ulu klang.
sebuah lori terbalik di kanan. manakala sebuah van tergolek dalam parit di sebelah kiri.
lori yg terbalik itu menutup laluan dua daripada tiga lorong.
sekali lagi, lori memandu di lorong paling laju. ape kejadah.
melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya lalu terbalik.
sekali lagi punca kemalangan disebabkan sikap pemandu dan memandu dalam kelajuan tinggi.
had kelajuan di lebuh raya sg besi ialah 80km/j sahaja.
tapi sepanjang memandu melaluinya, hampir 70-80% pemandu tidak mematuhinya. termasuklah kenderaan berat seperti lori dan bas.
bila dah terjadi kemalangan, bukan sahaja menyusahkan diri tetapi juga pengguna yg lain.
~ cerdik tak boleh diikut ~
Oct 28, 2010
mana perginya nilai insani? bukankah manusia punya hati, ada perasaan, mengalami sakit pening. ada keluarga perlu difikirkan, ada masa depan yg perlu dirancang, ada dunia lain dalam kehidupannya selain daripada bekerja. manusia bukanlah robot. bukan mesin. manusia adalah makhluk bernyawa.
logikkah kalau setiap pekerjaan yg dilakukan disama tarafkan dengan setiap sen wang ringgit yg digajikan atau diupah kepada kita. tidakkah gila menyamakan kerja yg lebih sukar, menuntut kemampuan ilmu & kemahiran yg dibina bertahun-tahun dengan kerja berasaskan mekanikal. samakah darjah kesukaran kerja harian menaip surat dengan kerja menjalankan mesin pencetak atau kerja editing?
bayangkan situasi ini.
kita bekerja di sebuah kompeni penerbitan. sebagai editor. buku yg dihasilkan ialah buku akademik, bukan komik, bukan buku kanak-kanak atau novel atau majalah picisan. maknanya buku yg dihasilkan adalah dijamin mutunya, perlu melalui proses penerbitan yg rinci, editing yg hati-hati dan penuh teliti. karya yg ditangani dihasilkan bijak pandai atau ilmuwan dalam bidangnya. ditulis oleh mereka yg bertaraf profesor. atau mereka yg berkelulusan PhD. ataupun diangkat melalui tesis/disertasi yg sudah melalui pelbagai peringkat penilaian pakar. bukan calang-calang hasil kajian atau penyelidikan.
katalah gaji yg diberi rm5,000 sebulan. untuk menjustifikasikan gaji bulanan itu, perkiraan yg dibuat ialah upah mengedit ialah rm6 sehalaman. jadi, kita perlu mengedit 50 halaman sehari. kalau buku setebal 200 halaman ianya perlu disiapkan dalam masa 4 hari. mudah bukan?
jadi kenapakah si bijak pandai itu tadi mengambil pendekatan logik atau mengukur hasil kerja berdasarkan perkiraan material.
~ gunung merapi dah nak meletup ~
Oct 26, 2010
semalam, dia kata hari ni.hari ni, dia kata esok.
esok, dia kata lusa.
habis...sampai bila pun tak berkesudahan.
bila 'bola' dalam gelanggang kita, berpuluh kali sekejap dia bertanya. sampai kita dalam bilik air pun dia telefon. tak menyempat-nyempat.
bila bola kita dah pass balik ke gelanggang dia, dia simpan pulak. perap. kalau labu peram boleh jugak dapat hasilnya. kalau labu buah, tentunya jadi busuk.
ok lah. kalau dia nak main game, aku pun boleh main game. ikut rentak dia. kita tengok siapa punya strategi & taktikal yang menjadi.
kalau kalah nanti, jangan pulak bagi alasan yg bukan-bukan.
rumput di padang panjang sangat, dah lama tak potong.
penonton disekat daripada bawak mercun, takde mercun tak meriah.
coach kena gantung 6 bulan.
pemain sedia ada dalam team tak cukup bagus, kena beli pemain world class baru nak re-new kontrak, "kalau tidak gua blah, kalau nak gua stay, gaji kasi up sikit...!"
bubuh la apa alasan sekali pun. kalau asyik bertunda, takde orang nak percaya dah.
janji lah bulan bintang sekali pun, aku tak ingin lagi dah...
salesman pun ada bakat jadi lawyer.
apa nak diherankan.
dua-dua kaki belit...!

