aku diminta mewakili boss bertemu seorang bergelar profesor.
janji temu dibuat melalui seorang staf yg menyampaikan maklumat kepada aku.
dia memberikan aku masa dan lokasi pertemuan itu. dua hari sebelum pertemuan sebenar.
pada pagi janji temu yg dijadualkan, profesor tersebut menunda masa pertemuan, lewat sejam.
tak mengapalah, asalkan aku diberitahu lebih dulu.
sementara menunggu janji temu itu, aku ke bank dan kemudiannya ke kedai buku.
nak buat rujukan sikit berkaitan buku-buku yg sedang aku tangani.
bila hampir tiba waktu, aku pun tuju tempat pertemuan yg diaturkan.
aku tahu tempat itu, tetapi ada masalah parkir kerana kerja-kerja pembinaan bangunan di sekitarnya.
mujur jugak dapat petak parkir kosong. walaupun agak jauh sedikit. aku perhatikan beberapa pemandu lain, berlegar-legar atau tawaf mencari petak kosong.
waktu pertemuan ialah jam 12:00. sebaik sampai ke sana, aku ditelefon oleh staf yg profesor tersebut sedang menunggu aku. aku maklumkan yg aku dalam perjalanan.
sesampai 'di situ' aku pun menelefon profesor itu. bertanyakan di manakah lokasi bilik pertemuan itu. sebab aku sudah berlegar-legar di bangunan itu beberapa ketika tetapi tidak menemui 'vip room' yg dimaksudkan.
prof. itu hairan, kerana dia memang menunggu aku di situ. macam mana boleh tak jumpa?
selepas 'bertukar-tukar' maklumat sedarlah kami, bahawa aku sudah tersalah tuju tempat. nama tempat yg sama tetapi lokasinya di bangunan lain. malah di tempat lain sebenarnya.
ini sebenarnya gara-gara maklumat salah yg diberi oleh staf aku.
lalu aku pun, menelefon semula staf aku. dengan suara yg sedikit tinggi. staf tersebut tidak mengaku salah sebaliknya mengaku dia tidak memberikan maklumat lengkap. hanya menyebut nama bangunan dan tempat tetapi bukan lokasi penuh. maksudnya ada dua nama tempat dan bangunan yg sama tetapi di lokasi yg berbeza. dan nasib aku tak baik menuju ke bangunan yg lebih dikenali ramai.
lalu aku pun berpatah balik dan menuju ke lokasi pertemuan yg dimaksudkan dan dibetulkan oleh prof. tadi. waktu agak suntuk. waktu itu sudah jam 12.20 pm. melewati waktu rehat hari jumaat. tapi aku usahakan juga kerana sudah berjanji.
sampai ke lokasi kedua, sekali lagi masalah parkir menjadi halangan. aku terpaksa parkir jauh.
sampai di sana aku bertanyakan 2-3 orang akan lokasi yg dimaksudkan. tidak ada yg tahu. malah seorang daripada mereka, yg aku percaya salah seorang staf di situ menyatakan bangunan yg aku cari terletak di tempat yg aku sudah sampai awal tadi.
jadi, aku ambil keputusan menghubungi prof. tersebut.
dia menyatakan yg waktu sudah tersasar. dan kini dia sedang mempengerusikan satu mesyuarat lain. dalam nada yg agak sinis dia menunda pertemuan ini kepada satu tarikh baru.
aku hanya mampu memohon maaf atas kesilapan atau salah komunikasi yg berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment