esok hari deepavali. ia mengingatkan aku pada seseorang. dulu aku ada rakan sekerja yg sambut deepavali. kami panggil dia, veni, saja. dia ada seorang anak kecil. suaminya pun kami di ofis dah kenal. dah jadi kenalan kami juga. sebab ambik dan hantar veni ke tempat kerja hari-hari.
veni rapat jugak dengan aku. orangnya peramah. dia suka ajar aku cakap bahasa tamil. lagipun aku pernah ambik kelas bahasa tamil masa belajar di univ. dulu. adalah sikit-sikit asasnya. kami jadi lebih rapat sebab selalu buat overtime bersama. oleh sebab aku ada motosikal, jadi aku selalu belikan veni makanan yg dibungkus untuk dimakan di ofis semasa overtime. kadang-kadang dia belanja aku, ada kala aku belanja dia.
ada beberapa kali, jika suaminya tak dapat ambik dia balik waktu malam selepas overtime, aku akan tolong hantarkan dia ke rumah. veni, mulanya segan. tapi atas dasar kawan, dan sikap terbuka aku, dia okey saja. suaminya pun amat menghargai bantuan aku. kalau ada masalah di tempat kerja, veni akan mengadu pada aku.
aku masih ingat pada satu sambutan deepavali, veni menjemput rakan-rakannya dari kaum melayu. dia bersusah payah menyediakan makanan masakan melayu. walaupun itu semua tak perlu. cukuplah sekadar kuih muih. tetapi dia menyediakan sate, rendang dan lemang untuk kami. walaupun bukan dimasak sendiri dan ditempah, kami yg datang amat menghargainya.
tapi aku tak lama bekerja dengan veni. setahun lebih saja. aku masih ingat, pada hari terakhir aku bekerja, dan kan meninggalkan kompeni itu, veni menangis dan bersedih sepanjang hari itu. langsung tidak dapat bekerja. hinggakan terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan yg lain.
hingga hari ini. kami masih berhubungan, walaupun jarang berjumpa. veni jugak dah bekerja dengan kompeni lain. anak-anak veni dah besar-besar. esok hari deepavali. buat kesekian kalinya aku dijemput datang ke rumah oleh veni. seperti tahun-tahun sebelumnya, aku menyambut deepavali dengannya.
selamat hari deepavali juga untuk rakan-rakan lain terutama TD, raj, vino, ganes, viknes, moorthy, patma, jaya, suresh, seelan, ravi, candra, sekaran dll.
0 refleksi:
Post a Comment