~ sekolah dewasa ~

Nov 3, 2010

semasa sekolah dulu ramai yg antipengawas. walaupun mereka sekadar menjalankan tugas. lagipun pengawas itu adalah kawan-kawan kita juga.
kita selalu rasa yg pengawas itu anak emas cikgu.
pada yg tak suka terutama yg ada masalah disiplin, akan kata mereka 'balaci' cikgu.
tak kurang jugak yg cemburu pada pengawas, sebab mereka tak terpilih.
pengawas adalah kalangan yg terpilih di sekolah. ada yg pintar di kelas, aktif bersukan atau berpersatuan atau dilihat oleh guru mempunyai ciri-ciri kepemimpinan.
dulu ada pengawas yg ditugaskan berada di pintu masuk sekolah. berbekalkan buku nota, mencatat nama pelajar yg lewat sampai ke sekolah.
senarai nama itu akan diserah pada cikgu disiplin.
kalau yg terlalu kerap lewat, akan dikenakan tindakan disiplin.
sebab tu ada pelajar yg lewat sampai, akan melencong ke tempat lain dan ponteng sekolah.
bagi mereka lebih baik tak pergi sekolah, daripada kena tindakan.

zaman sekolah itu dah lama berakhir bagi aku.
kini aku di alam pekerjaan.
dulu masa aku mula-mula kerja, ada sisitem punch card. kalau lewat sampai ke ofis, warna punch card akan bertukar merah. kalau banyak sangat warna merah daripada biru, kita akan ditegur oleh boss.
secara automatik, pekerja mematuhi peraturan masuk pejabat ikut waktu.

tapi ada jugak yg suruh kawan tolong punchkan.
atau ada yg punch masuk tetapi lepas tu melilau entah ke mana dengan urusan peribadi. atau melepak di kantin.
bagi yg jujur, peraturan itu tetap dipatuhi. tetap datang awal. tak pernah minta tolong kawan punchkan. atau punch masuk lepas tu menghilangkan diri.

dalam era teknologi canggih, pelbagai sistem kedatangan diperkenalkan. alasan utamanya untuk memastikan staf berdisiplin. tetapi seperti dalam entri aku sebelum ini, adakah disiplin pekerja hanya diukur dengan ikut waktu pejabat dibuka? dalam masa sama sistem tersebut diperkenal kerana ada 'segelintir' staf yg tidak berdisiplin. kepada staf yg jujur, ikut waktu, tak pernah lewat...tentunya tidak adil bagi mereka jika sesekali terlewat kerana sebab-sebab yg di luar kawalan.

maknanya sistem ini tak ubah macam sistem pengawas di sekolah dulu. bagi yg jujur tetapi datang lewat atau ada masalah bas/pengangkutan, mereka tetap tertakluk pada sistem itu. walaupun yg hendak didisiplinkan hanya segelintir tetapi mereka masih terus dengan 'aktiviti' mereka. itulah yg berlaku di kompeni aku sekarang. tak ubah macam budak sekolah yg diawasi pengawas!

adehhhh...bosan!

0 refleksi: