seorang kawan lama menyiarkan di fbnya yg rumahnya dimasuki perompak.
perompak dikatakan masuk ke rumah antara 3-5 pagi.
lebih berat lagi perompak pecah masuk ke rumah ketika penghuninya ada di rumah.
dipercayai, penghuni rumah telah di'pukau'.
antara permintaan kawan itu ialah agar kawan-kawannya dapat memberikan no. hp kepadanya. antara barangan yg dicuri ialah henfon, komputer riba, barangan kemas dan wang.
beberapa hari lalu, ketika ramai sibuk merayakan hari raya aidiladha, ada kejadian kecurian di kawasan perumahan aku. kemungkinan sebahagian penghuni pulang ke kampung beraya. tetapi masih ramai yg beraya di sini, kerana cuti aildiladha hanya sehari dan jatuh pula pada pertengahan minggu. tidak seperti hari raya aidilfitri lalu, kawasan perumahan ini sunyi sepi seperti dilanggar garuda.
namun, kecurian terjadi ke atas rumah yg penghuninya ada di rumah. bukan rumah yg tidak berpenghuni kerana tuan rumahnya pulang ke kampung. walaupun kecurian hanya melibatkan kehilangan kasut berjenama & seluar jeans, tetapi ianya pasti menimbulkan kebimbangan. terutama sudah lama kejadian kecurian tidak berlaku di kawasan perumahan ini. berbanding pada awal ia dibuka dulu. pada waktu itu belum banyak fasa yg dibuka & penduduknya belum ramai.
secara kebetulan, mungkin ada kaitannya dengan keengganan tuan punya rumah terbabit memasang lampu depan atau belakang rumah. kerana kedua-dua rumah yg mengalami kecurian memang tidak memasang lampu depan rumah mereka. kempen yg pernah dijalankan sebelum ini di kawasan perumahan kami, supaya semua penghuni memasang lampu depan rumah tidak disertai atau tidak dihiraukan langsung oleh sebahagain kecil penghuni di sini. lebih-lebih lagi rumah yg penghuninya yg balik kampung dalam tempoh itu tidak menghadapi masalah kecurian pada hari yg sama kerana memasang lampu depan rumah mereka.
jadi, harap-harap mereka sedar salah sendiri. pencuri suka keadaan yg menyebelahi mereka...gelap.
0 refleksi:
Post a Comment