cuti hujung minggu, bersambung cuti deepavali TS ambil kesempatan mengunjungi pantai Penyabung. letaknya tak jauh dr pekan Endau, Johor. lebih tepat lagi antara Endau dgn Mersing. agak jauh juga jaraknya dr jln utama (kira-kira 8km kot...) melalui jalan yg agak sempit merentas perkampungan melayu tradisional, kebun kelapa sawit & kampung nelayan.
thrill jugak memandu sbb terpaksa mengelak beberapa kali sekawanan lembu & kambing yg dibiarkan tuan punyanya berkeliaran. lembu & kambing sesuka hati melintas jalan atau melepak di kiri kanan jln. TS masih ingat ada yg berpesan elakkan dpd membunyikan hon kenderaan, bimbang haiwan itu terkejut atau bertindak balas. di samping tu jenuh jugalah mengelak 'periuk api' yg ditabur sepanjang jalan dek lembu & kambing tu.
ramai jugak pengunjung pagi ahad itu. ini kali pertama TS sampai ke situ. ada beberapa jeti di situ. jugak beberapa buah chalet. nampaknya ramai juga penyewa chalet (dilihat drp kenderaan yg parkir & yg berkumpulan ke pantai). ada juga aktiviti berkayak disediakan selain bot yg disediakan dengan bayaran tertentu dipandu ke tengah laut mengelilingi dua buah pulau yang terletak berhampiran pantai. mungkin kedudukan pantai ini yg terlindung oleh pulau-pulau tsbt menyebabkan ombak laut di sini tidaklah sekuat pantai lain yg menghadap laut china selatan spt mana pantai timur semenanjung lain. pantainya bersih, air lautnya jernih sesuai utk bermandi manda.
cuma mungkin kurang kemudahan untuk membilas badan selepas mandi laut dengan air pili atau bilik menyalin pakaian (hanya ada satu, itu pun terpaksa bergilir dgn pengunjung yg ramai) perlu diberi perhatian pihak berkuasa tempatan.
suasana tenang, nyaman, udara segar & pantai yg indah sesuai utk bercuti, berkelah atau sekadar mandi-manda atau makan angin. selain itu, ada jugak gerai yg menjual cenderahati. lebih menarik perhatian gerai makan yg menyediakan menu makanan laut yg segar dgn harga berpatutan. juga boleh menikmati & dibawa pulang makanan tempatan spt keropok, satar, otak-otak yg sedap serta dijual dgn harga murah (1kg keropok lekor = rm6/ 4 keping sata=rm1).
jika ada kesempatan, TS akan ke sana lagi. kalau ada kamera tentu lebih seronok.
0 refleksi:
Post a Comment