calon ketua pemuda UMNO, kj mencadangkan supaya diadakan debat dalam kalangan calon yang bertanding. baginya itu sebagai forum untuk para calon menyampaikan mesej, visi, dan misi mereka untuk dinilai oleh perwakilan atau ahli yang akan mengundi dalam pemilihan. ringkasnya sama seperti debat pemilihan presiden amerika. soalnya, ini adalah calon sesama parti...apa perlunya berdebat? isu apa yang nak diperdebatkan? kalau daripada kumpulan berasingan mungkinlah sesuai. dengan itu, timbullah komen pro & kontra berhubung soal debat tadi.
TS rasa dalam soal ini, pidato lebih sesuai berbanding debat. sebab calon adalah daripada kumpulan yang sama - sekadar untuk merebut jawatan sahaja - peringkat ketua pemuda pulak tu. melalui pidato bolehlah disampaikan mesej, visi dan misi mereka itu. bukan apa nanti timbul pula pemimpin yang hanya pintar berdebat, beretorik dan berteori sahaja - yang menang kerana hebat berhujah. bukan hebat memimpin. atau sekadar mengikut trend ala amerika. mereka debat kita debat. mereka pegang lilin, kita pun pegang lilin. mereka saman orang, kita pun saman orang.
debate - discuss or dispute about (an issue,proposal etc.) esp. formally in legislative assembly, public meeting, etc.
Oxford English Dictionary
debate - formal discussion, perdebatan,perbahasan contohnya perdebatan parlimen.
Kamus Inggeris Melayu Dewan
debat - bahas, perbahasan.
berdebat - bertukar fikiran (biasanya ygbertentangan) atau berbantahan berkenaan sesuatu perkara.
perdebatan - pertukaran fikiran biasanya mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan
Kamus Dewan
pidato - ucapan yg disampaikan kepada khalayak ramai.
- ceramah yg membicarakan sesuatu perkara
Kamus Dewan
0 refleksi:
Post a Comment