anjuran: Jabatan Sejarah Univ. Malaya, IKSEP & kerajaan Melaka
tempat: Fakulti Sastera & Sains Sosial, UM
seminar sehari ini dihadiri sejarawan, pencinta sejarah & mereka yg berminat dlm persejarahan tanah air. objektif akhirnya ialah penulisan sebuah buku (ensiklopedia?) menyeluruh tentang sejarah malaysia, bermula dari zaman prasejarah hingga selepas merdeka. ini merupakan pembentangan awal utk rangka penulisan, maklum balas dan komentar sesama ahli sejarah tanah air dlm mencari titik temu yg diharapkan dapat menghasilkan penulisan sejarah nasional yg definitif, lengkap dan menyeluruh. Gabungan pakar sejarah dari pelbagai universiti tempatan & sejarawan terkemuka diletakkan tanggungjawab menzahirkan dan merealisasikan matlamat yg disasarkan itu.
antara yg membentangkan kertas kerja hari ini - prof emeritus khoo kay kim, prof. emeritus mohd yusof hashim, prof. dr nik anuar nik mahmud, prof. ramlah adam, prof. abdullah zakaria ghazali, prof. redzuan othman, prof. nik hassan shuhaimi (wakilnya).
di mana sahaja seminar, terutama berkaitan sejarah tanah air, sesi pembentangan prof. tan sri khoo, biasanya menarik tumpuan. bukan sekadar melontarkan ilmunya melalui penyelidikan kertas kerjanya tapi kesinisan & komentar luar tajuk yang mengujakan. antaranya:
- ramai yg 'buta sejarah' tapi memandai-mandai berbicara tentang sejarah
- pemimpin, guru, penggubal sukatan pelajaran subjek sejarah di sekolah sendiri tak menguasai sejarah
- mengapa di negara lain di dunia hanya ada seorang raja tapi di negara ini ada 9 raja?
- di negara ini kajian budaya, etnik dan sejarah sering kali dikesampingkan & dianggap kurang kepentingannya atau sumbangannya kepada negara
- kurangnya peruntukan atau penajaan kepada usaha kajian etnik, budaya & sejarah jika dibandingkan dgn penyelidikan dlm bidang sains misalnya yg diberi peruntukan jutaan ringgit sedangkan hasilnya yg sekadar minimum
- melontarkan cabaran kepada tokoh sejarah dan pengkaji sejarah supaya lebih berani & proaktif meneroka & merungkai sumber sejarah negara ini yg tersimpan di serata dunia
- kurangnya perhatian dpd pihak atasan malahan pentadbir universiti sendiri tentang kepentingan kajian persejarahan
- fakta yg silap tentang sejarah tanah air sering diulang-ulang hingga dianggap betul contohnya negara ini dijajah oleh portugis & belanda sedangkan mereka tak pernah menjajah malah tak pun campur tangan sebaliknya hanya menguasai melaka
- sudah ada 'suara sumbang' yg berani memperkatakan tentang sejarah yg memetik sumber yg tak ketahuan sahihnya spt orang melayu adalah pendatang, ketuanan melayu sbg mitos, chin peng adalah pejuang kemerdekaan terawal, komunis diiktiraf sbg sama taraf dengan tokoh nasionalis yang lain - wajar ditempelak ditegur & diperbetul
matlamat sasar yg besar ini, wajar disokong & didukung oleh semua pihak yg mencintai sejarah & mereka yg terlibat dlm penulisan persejarahan negara ini. Usaha & keterlibatan pengelola projek ini & sokongan moral semua pihak terbabit kalau tdk pun penajaan seboleh-bolehnya berterusan sehingga matlamat akhirnya mencapai hasrat. pujian harus diberi kpd kerajaan melaka (ds ali rustam) atas sokongan pada projek ini.
0 refleksi:
Post a Comment