resensi...1

Nov 3, 2008



Judul: Undang-undang Islam di Malaysia: Prinsip dan Amalan
Editor: Ahmad Hidayat Buang
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 440
Harga: RM85.00
Tahun terbitan: 2007





Perbincangan aspek undang-undang dalam buku ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
(i) kekeluargaan; (ii) tatacara mahkamah, keterangan dan jenayah; (iii) perancangan harta; serta (iv) kewangan Islam dan muamalat. Pembahagian ini mewakili bidang pengkhususan pengajian dan amalan syariah masa kini di Malaysia. Ia dikupas demi memberi panduan umum dan awal kepada pembaca yang mahukan maklumat mengenai undang-undang syariah yang menyentuh hak mereka di negara ini. Oleh itu, pembacaan akan lebih fokus kerana setiap tajuk dalam bahagian berkenaan adalah saling berkaitan.
Tujuan utama penghasilan buku ini untuk bacaan umum. Sungguhpun demikian unsur-unsur ilmiah masih dikekalkan dengan memasukkan rujukan di dalam teks dan rujukan di akhir setiap bab. Dengan itu, buku ini sesuai dijadikan rujukan dan panduan pelajar institusi pengajian tinggi khususnya dalam bidang syariah dan ahli profesional seperti pengamal undang-undang.


Ahmad Hidayat Buang, editor buku ini adalah Profesor di Jabatan Syariah dan Undang-undang juga Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.


TS: meskipun buku ini sudah berada di pasaran sejak tahun lepas (2007) tetapi isu-isu dan kupasan yang diketengahkan dalam buku ini sangat relevan terutama dalam kemelut hari ini terutama gejolak politik dan suara-suara 'nakal' yang menyentuh perundangan Islam di negara ini. buku ini wajar dimiliki sebagai panduan dan rujukan dalam memahami prinsip serta amalan undang-undang syariah.

0 refleksi: