menaiki alphard yg dipandu oleh usu membolehkan ramai menaikinya.
aku usulkan supaya kami pergi ke masjid dekat kawasan perumahanku. pada jangkaan aku tidak ramai jemaahnya seperti mana solat aidilfitri di sebelah paginya. jadi mudah sedikit meletak kereta. lagi pula, memang kami sudah agak sedikit lewat. sesampainya di perkarangan masjid, ternyata jangkaan aku tepat sekali. lebih daripada itu jemaah untuk solat jumaat jauh kurang bilangannya berbanding solat sunat hari raya tadi. hinggakan boleh meletak kereta di halaman berpagar masjid! sesuatu yg tak pernah terjadi selama aku tinggal di situ.
nampaknya orang lebih 'mementingkan' solat raya daripada solat jumaat yg wajib...
sepulangnya dari masjid, angah & famili jugak baru sampai ke rumah kak lang. disusuli oleh acik sekeluarga. kami sambung makan tengah hari. macam kenduri ramainya, walhal sedara mara kami saja. meriah sungguh...
andak mengatakan yg mereka nak datang ke rumah pada sebelah petang. oleh sebab ramai tetamu yg datang, maka tuan rumah iaitu kak lang & atih, sibuk melayan tetamu. tak dapatlah kami meneruskan program beraya. jali masing-masing merancang pelan B. atih ke seremban menziarahi pusara abg tih. kak ana sekeluarga ke melaka, open house rumah ex bossnya. acik terpaksa pulang kerana ada tetamu yg nak berkunjung ke rumahnya. angah pula hendak meneruskan perjalanan beraya ke KL.
jadi aku & wifey, turut merancang pelan alternatif. alang-alang andak & keluarga nak datang, apa kata kami masak lebih. dan ajak yg lain-lain datang sekali. jadi kami pun menjemput sesiapa yg berkesempatan untuk datang ke rumah kami. lagi pula esoknya, awal-awal pagi lagi kami akan bertolak ke kampung di pahang, beraya di sana pula. dalam perjalanan balik, kami merancang secara ad hoc. apa yg hendak dijamu kepada tetamu? bila masa yg sesuai? di mana bahan nak dibeli kerana kebanyakan kedai tutup termasuk pasar raya besar? mujur juga ada sebuah super market yg buka dalam kesibukan orang beraya ni. dan lebih penting lagi semua bahan yg diperlukan untuk masak, lengkap di situ. kami merancang menghidangkan mi kari. jadi sejak pukul 3:00 bertungkus-lumuslah kami 5 beranak mengemas rumah & bergotong-royong memasak.
masa yg dicanangkan ialah jam 5:00. siap tepat pada masanya. namun, andak tak muncul tiba juga. kami mula suspen, tidak adakah yg sudi datang. makanan sudah dihidangkan. begitu juga yg lain-lain. sehinggalah jam 6:30, muncul acik & familinya. sebaik acik habis makan, muncullah yg lain secara serentak. usu, atih, kak lang, kak ana & keluarga masing-masing. rupa-rupanya mereka terhalang di rumah kerana ada sedara datang berkunjung raya. tapi andak yg beriya-iya pada asalnya nak datang, tapi tak muncul-muncul sampai ke sudah...
riuh rendahlah suasana rumah aku yg sempit itu. macam nak pecah gayanya. lagi pula mi kari memang merupakan menu tradisi yg menjadi niche kami. dan itulah juga permintaan mereka untuk dihidangkan. wifey dah mula bimbang, takut tak cukup, sebab masing-masing nampak berselera sekali makan. habis licin dikerjakan, sehabis cukup sahaja, mujur!
habis makan & solat maghrib, kami bertolak pula ke rumah acik yg tak jauh dari rumahku. di rumah acik kami dihidangkan mi sup pula. selain itu kami turut dijamu dengan makan malam berlaukkan sup ikan & ikan bilis goreng pedas yg memang mengancam pedasnya hingga menitiskan air mata!
peliknya, walaupun sudah kenyang makan mi kari di rumah aku tadi, masing-masing masih punya ruang dalam perut mereka untuk mengisi juadah yg dihidangkan di rumah acik. pada akhir sesi makan-makan, kopi o panas dihulurkan pula dalam set kopitiam...
habis makan, diikuti borak-borak kosong, kami pun pulang ke rumah malam itu dengan perut kekenyangan...
0 refleksi:
Post a Comment