akhirnya dia akan melangkah pergi jua...
ada yg sudah berkira-kira untuk berbulan madu.
ada juga yg bersorak riang dalam hati. sambil tersenyum sendiri, tanda lega.
ada yg lebih daripada itu sanggup 'bernazar' akan menjamu rakan-rakan yg lain.
mengapa sampai begitu sekali kegembiraan itu memuncak?
adakah didorong rasa kebencian. meluat. takut. rendah diri.
kenapa tidak bangun melawan? bukankah di pihak satu lagi lebih ramai berbanding 'dia' seorang?
tapi...tunggu dulu.
'dia' sebenarnya tidak jadi berbuat begitu.
akan kembali. kali ini dengan misi yg lebih besar!
dengan kuasa lebih besar!
dengan kantung & ganjaran lebih besar!
apakah reaksi mereka yg merancang utk berbulan madu?
bagaimana pula dengan yg bersorak dalam hati & kembali gundah dalam hati?
tak jadilah 'nazar' yg tidak sepatutnya itu ditunaikan....
apakah kebencian itu akan terus membelenggu hingga akhirnya meluap, meletup bak gunung berapi yg mengeluarkan lava?
aku percaya...tidak!
semuanya hanya berani di belakang!
malah ada segelintir yg lidahnya bercabang...
puncanya...tidak bersatu. ada yg bermuka-muka.
bila tidak bersatu, yg ramai pun akan rapuh.
...dan mudah diratah oleh 'dia' seorang saja!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
apo nak buek..byk orang tau cakap aje, terutama cakap kat belakang. Bila berhadapan, membisu seribu bahasa, lantas meNIKUS.
TD,
tak tahu nk kata ape dah.
kita yg lurus ini jgk org tk nampak!
Post a Comment