tiga hari sebelum raya aku ke pusara mak & abah.
memang jadi rutin aku, setiap kali sebelum raya, akan berziarah ke situ.
spt yg aku pernah ceritakan, puncanya aku jarang sekali datang berkunjung pada pagi raya. aku tak mahu menangis di depan adik-beradik atau sedara mara lain. ego!
tahun2 sebelum ni, aku pergi seorang diri.
membersihkan pusara, berdoa & tanpa sedar air mata mengalir.
tapi tahun ni, si kecik aleya, merengek nak ikut. jadi, kali ini kami berdua.
seperti budak kecik lain, aleya suka bertanya. kadang-kadang apa yg ditanyakan tak tercapai dek akal kita. tapi aku cuba menjawab sejujurnya. adalah jugak kena bagi jawapan yg bohong sunat...he he.
daripada pertanyaan mudah spt "macam mana papa kenal mana satu kubur atuk & nenek daripada kubur yg banyak kat sini?"
kepada soalan "kenapa orang mesti kena mati?"
sepanjang berada di situ, aleya asyik komplen sebab banyak nyamuk.
sambil berdoa & membacakan surah yasin, tak henti-henti air mata aku mengalir. seperti biasa. seperti tahun lalu. seperti saban tahun di hari raya. seperti hari aku kehilangan abah & emak dulu.
mujur juga, peluh turut sama mengalir di sinar terik mentari di samping panas membahang semasa membersih kubur sebelumnya. peluh mencurah mengalir membasahi tubuh bersama titis air mata kesedihan.
dapatlah juga aku sembunyikan daripada aleya.
mungkin juga aleya terlalu sibuk menghalau nyamuk, hinggakan tak perasan, papanya menangis.
sebaik pulang dari pusara, malah hingga hari ini pun, aleya masih bercerita 'pengalamannya' menziarah pusara kepada mama, erol, eril dan sesiapa saja yg rapat dengannya.
tentang kenapa orang mesti mati, banyaknya nyamuk, ada kubur besar & kecik, ada kubur cantik dan semak yg sebenarnya tidak menarik langsung untuk diceritakan tetapi sesuatu yg menarik perhatiannya.
cuma tak diceritakan yg aku menangis di makam ayah bonda...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment