~ carilah ilmu, bukan sekadar ikut-ikutan ~

Sep 22, 2010

lepas raya, ada yg sibuk buat rumah terbuka.
tapi lebih ramai yg menyibuk pergi rumah terbuka. sedang rumah sendiri tak buka-buka, tutup semanjang.

ada jugak yg puasa sunat. puasa enam kata mereka. tapi kebanyakan yg puasa enam ni, menjalankannya pada hari kerja. maksudnya hari isnin sampai jumaat. kalau rajin terus sambung sabtu, ahad dah boleh raya. dah boleh pergi rumah terbuka. atau buat rumah terbuka. lagipun, kengkawan dah jemput awal-awal, dah janji nak datang. tak baik kalau buat tuan rumah tertunggu-tunggu. dah janji, kena lah pegang. lagipun tak baik, rezeki jangan ditolak.
arhh...alasan.
yg lain pulak, walaupun tinggal sehari lagi, tetapi ada 'break' 2 hari sabtu-ahad, sambung saja hari isnin...
kenapa yek?

minggu lepas, sempat jugak aku dengar tazkirah oleh seorang ustaz di surau dekat rumah. aku memang kerap turun surau pada malam jumaat sebab ada majlis tahlil & yasin. kebetulan ada ulasannya berkaitan puasa enam. sebab ramai yg buat puasa qadak (ganti) sekali gus dengan puasa enam. inilah yg disenangi oleh kaum hawa, ganti puasa yg tinggal sambil dapat pulak pahala dpd puasa sunat. ada sesetengah ulama berpendapat, ianya dibolehkan.

namun ada sesetengah fatwa ulama lain mengatakan tidak boleh. kerana puasa qadak adalah wajib, sedangkan puasa enam hukumnya sunat semata-mata. jadi, yg wajib tidak boleh digabungkan dengan yg sunat. ianya hendaklah diasingkan, dibuat dua kali pada tempoh berlainan.

hakikatnya, kebanyakan daripada kita hanya berbuat amalan secara ikut-ikutan. tidak memahami sepenuhnya hukum hakam atau menghayati amalan sebenar. termasuklah seorang jiran yg pernah mengatakan solat sunat tarawikh hanya boleh dibuat di masjid atau surau secara jemaah. bila aku mengatakan tidak berapa sihat, tarawikh di rumah saja hari itu. sedangkan sebenarnya tarawikh boleh dikerjakan di rumah malah boleh dikerjakan seorang diri...tapi pahalanya tidaklah sama dengan yg berjemaah di surau atau masjid. pokoknya, ianya sah.

0 refleksi: