kadang-kadang, bila berhenti di lampu trafik merah, orang depan kita terhegeh-hegeh nak bergerak sebaik lampu bertukar hijau. kadang-kadang pemandu di depan kita tu leka berborak dengan penumpang sebelah. atau sedang sibuk membalas sms. ada jugak yg khayal seketika kerana bernostalgia mendengar lagu feberetnya dari radio kereta. sebab tu mereka terlewat sikit. tak lama pun, kadang-kadang beberapa saat je.
jadi, apa kita buat? bunyikan hon kepada pemandu kereta depan tu?
merungut atau mencarut?
tunjuk isyarat jari atau tangan, tanda tak puas hati?
kadang-kadang bila berbaris di atm atau mesin deposit di bank, terutama pada hujung bulan atau hari gaji, barisan yg beratur memanglah panjang. kadang-kadang orang depan kita memang lembap gila. teragak-agak. atau tercari-cari nombor akaun untuk transaksi. atau terlupa nombor pin. mungkin juga, tiba-tiba je henfonnya berbunyi. ada jugak yg banyak sangat akaun yg nak didepositkannya. ada jugak yg masih tak pasti, gaji dah masuk ke belum, nak tengok 'pertanyaan' baki dulu. ataupun mesin deposit asyik reject je kepingan duit dalam mesin walaupun bukannya palsu. itu yg buat lambat sikit.
adakah kita merungut? atau keluarkan kata-kata sinis?
atau mulut kita bunyinya 'derdecit-decit'?
atau memalingkan muka masam kita bila orang itu sudah bereskan transaksinya?
samalah juga bila kita beratur nak makan di kantin, cafe atau kedai makan. atau beratur nak ambik lauk yg dihidangkan secara bufet di majlis kenduri atau dinner. orang depan kita, terhegeh-hegeh nak pilih lauk. lembap sangat nak kaut gulai apa, ikan apa, berapa ketul ayam, berapa senduk nasi untuk dituang dalam pinggan, berapa banyak kuah nak diletak atas nasi.
adakah kita rasa geram? rasa macam nak potong q?
mintak dia supaya cepat sikit? atau merungut-rungut dalam hati?
aku percaya, kita pernah hadapi semua situasi itu.
hakikatnya, kita sendiri pernah begitu juga.
kita jugak pernah terlewat 4-5 saat di lampu trafik yg bertukar hijau, sebab leka berborak dengan rakan sebelah, sibuk bersms, leka mendengar radio.
apa agaknya yg dilakukan oleh orang di belakang?
kita jugak pernah hadapi situasi yg sama semasa berurusan di mesin atm atau mesin deposit. tiba-tiba je kita terlupa nombor pin. kita tercari-cari nombor akaun yg nak dipindahkan duit. teragak-agak nak tekan menu pada skrin. nak tengok dulu baki duit dalam akaun sebab tak pasti, gaji dah masuk ke. ataupun duit kita berkali-kali direject oleh mesin deposit. atau kadang-kadang henfon tiba-tiba berbunyi, mengganggu tumpuan. pernah bukan?
bila beratur nak pilih makanan pun, ianya pernah berlaku pada kita. lauk mana yg nak dikaut? berapa banyak? lauk mana yg nampak lebih sedap...ikan ke ayam. berapa banyak gulai atau kuah nak diceduk. bahagian mana ayam yg nak diambik, peha ke kepak atau dada. itu sebabkan kita jadi teragak-agak dan jadi lambat. apa agaknya reaksi orang di belakang kita yg menunggu giliran?
dengan kata lain. kita tak sempurna. jadi, kalau orang depan kita lambat buat reaksi atau pilihan 4-5 saat, maafkanlah mereka. anggaplah itu perkara biasa. dan yg lebih penting, kita pun pernah buat perkara yg sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment