aku jangkakan di bandar besar macam KL aje yg aku kena harungi jammed. tapi di cameron highlands pun berlaku jugak. itu yg aku alami semasa bercuti di sana tempoh hari. pada jangkaan aku, kemungkinan besar kerana jumlah kenderaan yg luar biasa mengunjungi cameron pada masa itu. iyalah, cuti sekolah dan cuti hujung minggu.
perjalanan dari pekan tanah rata untuk ke kea farm, yg terkenal itu, di berinchang yg jaraknya tak sampai 8km terpaksa mengambil masa 45 minit. pertamanya kerana pasar malam di pekan berinchang dan letak kereta yg semberono di kea farm termasuk bas pelancong, menambahkan kesesakan luar biasa itu.
mujur juga, perancangan kami ialah sebelum daftar masuk ke hotel, kami 'mengembara' dulu ke cactus point, kemudian ke kea farm & strawberry park, seblum ke raju's farm yg semuanya terletak di berinchang. kemudian barulah berpatah balik ke hotel di century pines di pekan tanah rata. tinggal berhampiran pekan memudahkan untuk mendapatkan bekalan makanan selain akses internet.
sebelah malamnya, dalam hujan, kami redah ke pasar malam pekan berinchang yg terkenal itu. sudah tentu sayur segar & makanan segar membuka selera. terutama ketam & udang bakarnya yg menjadi buah mulut ramai orang jadi sasaran. sedikit aneh, kerana majoriti peniaga pasar malam ialah orang melayu berbanding pengusaha kedai yg majoritinya orang cina.
turut tinggal di hotel yg sama dengan kami ialah sekumpulan pelancong singapura yg datang untuk satu majlis. menurut pekerja hotel, pada hari itu hotel itu, full house, hingga mereka yg daftar masuk tanpa tempahan awal terpaksa ditolak.
selepas maghrib, sebelum kami bertolak untuk ke pasar malam, sempat jugaklah bergambar sekitar hotel penginapan. memang ramai jugak yg bergambar kenangan di situ kerana landskap & persekitaran yg menarik. pokok pine & seni bina bangunan ala Inggeris, memang sesuai menjadi latar belakang bagai berada di luar negara!
sedang sibuk bergambar, aku didatangi oleh seorang yg tak dikenali. "are you one of us?" tanyanya yg memakai tag. aku jangka salah seorang anggota konvoi dari singapura itu.
"pardon me.." aku tak berapa jelas.
"you are also from singapore, right?" tanyanya lagi.
"oh no, i'm from KL...". terang ku.
"oh sorry, i thought you're a singaporean..." jelasnya.
aik...macam mana dia boleh fikir macam tu. muka aku? gaya aku? pakaian aku?
atau sekadar sebab menginap di hotel yg sama?
ingat aku tak mampu ke...he he
esoknya, kami sambung lagi. kali ini ke rose valley, boh tea farm & bharrat tea farm. dalam perjalanan balik, singgah pulak di lata iskandar.
0 refleksi:
Post a Comment