pakaian feveret aku ialah jeans & t-shirt. sejak dulu hingga sekarang. kata orang kalau pakai jeans boleh tampak lebih muda. mungkin jugaklah...
mujur juga di ofis tak boleh pakai sebegitu.
aku ada banyak pasang jeans & koleksi t-shirt. biasanya jeans biru & hitam jadi pilihan.
aku taklah taasub pada satu-satu jenama jeans, janji selesa. biarlah mahal sikit asal selesa & tahan lama.
dulu-dulu masa takde mesin basuh, rasa berat nak cuci jeans. masih ingat lagi, bila nak basuh seluar jeans, arwah mak akan merungut, 'kenapalah beli seluar keras ni, payah nak basuh. apalagi nak bilas...'. memang betul. lagi satu, payah nak kering kalau musim hujan.
sebenarnya ada rahsia untuk pemakai jeans ni.
1. tahan lasak. tak mudah koyak, misalnya.
2. tahan lama. seluar jeans yg aku beli 5 tahun dulu masih boleh dipakai.
3. tak payah kerap dicuci. orang tak tahu pun kalau jeans tu tak dibasuh seminggu. jadi kalau direndam dalam kolam, ikan akan mati macam kena racun...
dulu ada trend kejap, pakai jeans yg koyak dilutut. nak tahu, jeans jenis itu sebenarnya mahal. jadi, ada yg sengaja mengguntingnya supaya koyak, rugged konon. orangnya termasuklah aku.
ada jugak fesyen jeans lusuh, atau digelar stone washed. maksudnya, walaupun jeans itu baru, tetapi kelihatan sudah lusuh atau seasoned. jeans jenis ini pun harganya mahal jugak. jadi ada pemakainya yg tak berapa mampu tapi mahu bergaya (termasuk jugak aku) akan merendam jeans ini lama-lama dan memberusnya dengan berus dawai supaya kelihatan lusuh. atau direndam dengan bahan peluntur. begitulah bersusah payahnya supaya kelihatan mengikut fesyen dan trend semasa. kreatif jugak jadinya.
ada jenis jeans yg dipanggil slim fit. maknanya jeans yg ketat. ini sesuai utk yg berbadan kurus atau berkaki panjang. punyalah susah nak memakainya apa lagi bila nak menanggalkannya. masa sekarang orang perempuan pun pakai jeans jenis ni tapi dipanggil legged jeans. aku tak dapat bayangkan macam mana sukarnya mereka nak tanggalkan jeans bila nak buang air!
selain tu ada jugak jeans jenis gedobos, khas untuk yg bertubuh besar. atau orang yg tak berapa selesa dengan jeans ketat, mereka lebih senang memakai jeans jenis ini. dewasa ni ada jugak jenis jeans yg tak berpinggang atau waist line jeans. tapi jenis ni banyak dipakai oleh orang perempuan terutama gadis muda. ianya kelihatan agak seksi, kadang-kadang boleh nampak bahagian yg tak sepatutnya seperti pusat atau bila mereka duduk atau membongkok akan nampaklah lagi benda censored yg lain. mereka tahu jeans jenis tu akan menampakkannya begitu, tetapi sengaja jugak memakainya. untuk tarik perhatian, mungkin. tapi, yg tak sedapnya, jeans ini jugak dipakai oleh gadis yg bertudung...! mungkin mereka jugak malas nak membasuh seluar, macam aku & orang bujang yg lain.
hakikatnya, jeans adalah fesyen sepanjang zaman.
0 refleksi:
Post a Comment