hujung bulan ini ditetapkan sebagai hari wellness. pada hari itu akan dilakukan ujian saringan kesihatan atau screening bagi staf kompeni aku. dah dua tahun aku melaluinya. sampel darah diambil dan diuji. selain perkara rutin spt ukur ketinggian dan berat serta ukur lilit pinggang, tekanan darah dll.
sesiapa yg didapati berdepan risiko kesihatan akan dinasihatkan menjalani rawatan lanjut serta mengikuti program pemantauan. berat jugak tu kena datang sabtu, ahad atau lepas waktu kerja ikut jadual yg ditetapkan. tahun pertama, lulus cukup makan sahaja. sebab tak tahu apa yg dijangkakan.
tahun kedua, keputusan ujian lebih baik untuk semua yg diuji cuma paras kolesterol lebih sikit tetapi masih terkawal. paras gula, tekanan darah, lemak dalam badan dll melepasi tahap saringan. sebab sempatlah jugak kontrol pemakanan & joging serta senaman sikit-sikit berbanding tahun pertama dulu.
tahun ini, nak lebih baik lagi. kalau boleh, lepas semua penanda aras yg ditetapkan. sepatutnya dah mula kurangkan makan nasi, waktu malam makan oat saja dan ambik suplimen. selain tu hujung minggu kena senaman atau joging. cabarannya, ada 14 hari lagi. aku kena kekalkan. malam tadi hancur sikit sebab makan tomyam & daging masak merah, serta nasi 2 pinggan. uish...kena kontrol atau cover balik ni...
hujung minggu ni pulak ada jemputan kenduri kahwin, yg terlajak sikit dari cuti sekolah. ish...cabaran jugak tu....!
0 refleksi:
Post a Comment