- ikhlas makin terhakis -

Jun 17, 2011

"kita perlu ikhlas bekerja. bila kita ikhlas, kita akan hasilkan kerja yg terbaik" pesan seorang otai rakan sekerja di tempat aku. dia kini sudah bersara, mungkin seronok menghabiskan hari-harinya dengan bermain dengan cucu. ya, walaupun jawatannya berpangkat rendah, aku respek padanya. dia tak pernah ponteng kerja. setiap hari datang awal. selalu buat overtime. tak pernah aku dengar dia merungut pasal kerja.


rakan-rakan sekerjanya selalu berkata yg dia tu lurus bendul. waktu lunch pun dia akan pastikan rehat ikut masa sejam saja yg diperuntukkan itu. walaupun dia lebih tua, daripada aku, tapi sikapnya sentiasa respek pada orang lain yg lebih tinggi jawatannya, walaupun jauh lebih muda daripadanya.


sesetengah orang tidak begitu. bekerja bila ada orang tengok. bekerja ikut waktu, kalau ada boss di pejabat. jika bos ada, tunduk aje bekerja macam sibuk sangat. kalau boss keluar pintu depan, mereka ikut pintu belakang. kalau lunch hour dari jam 1- 2 ptg, mereka keluar jam 12:30 balik tetap pukul 2 jugak. lepas lunch hour pergi solat zohor, sambung rehat lagi . walhal bukankah solat boleh dibuat pada waktu lunch hour. kata mereka lunch hour tu untuk rehat makan saja. . .aduhai!


belum lagi cerita buat bisnes part time. MLM, jual tudung, jual produk barangan langsung, jual ubat. tak kisahlah, nak tambah pendapatan, tapi bukan gunakan waktu bekerja, pada waktu pejabat.


itu belum masuk bab menipu. misalnya suruh kawan punch in sedangkan mereka sampai lewat dari waktu bekerja yg sepatutnya. kau garu aku, aku garu kau pulak. bila kawannya buat begitu, dia pulak akan cover line. itu belum masuk bab salah guna harta ofis. berfacebook semasa bekerja, bersembang di internet, guna telefon untuk urusan peribadi bergayut dengan kekasih hati, muat turun lagu, video muzik atau filem atau drama korea. semua ini sebenarnya berlaku di kalangan kawan kita, rakan sekerja kita. hendak ditegur, serba salah atau bermasam muka pula nanti. semuanya berpunca kerana tiadanya sikap ikhlas tadi. alah...orang lain pun buat jugak. itu alasan yg biasa diguna pakai.


berbalik pada kata pembukaan tadi. setiap daripada kita, perlu ikhlas dalam pekerjaan yg kita lakukan. laksanakannya sebaik mungkin. bukan dengan tujuan untuk naik pangkat, sebab takut dimarahi boss atau sebab dibayar gaji semata-mata. ikhlas bekerja, makan berkatlah rezeki yg kita terima.

0 refleksi: