- the mines cruise -

Jun 13, 2011

eril & erin teruja sekali dapat naik cruise
bangau pun ada kat sini....
di hujung tasik, palace of golden horses hotel yg gah & menawan

crusin'....yehaaaa




cuti sekolah lepas, sempatlah bawak bebudak ni berjalan. mereka sibuk nak naik cruise kat the mines. sebab kata mereka di putrajaya dah naik, di melaka pun dah pernah. khabar kengkawan sekolah mereka, cruise di the mines lebih menyeronokkan. jadi, pada satu hari nan indah, aku pun bawak mereka ke sana. ya, memang mengujakan. dari kompleks beli belah the mines kami dibawa dengan cruise 'masuk' ke dalam tasik yg letaknya di bawah 9 meter dari aras terusan buatan manusia di the mines. kami dibawa turun dengan lif melalui dock yg mengepam keluar air. pemandangannya menarik termasuk rumah agam sepanjang tasik, bangunan kompeni besar, pelbagai jenis ikan termasuk koi & haruan, ada bangau, melalui padang golf yg cantik, melihat burung-burung yg membuat sarang di pokok tepi tasik, pokok bakau yg semula jadi, hinggalah penamatnya di palace of golden horses hotel sebelum berpatah balik.

0 refleksi: