- bukan suka tapi terpaksa -
May 14, 2012
antara perkara yg tak best nak buat ialah gunting rambut.
tapi terpaksalah.
kalau boleh biarlah panjang sikit. nampak macam orang dah besar.
nak buat fesyen sikit macam k-pop.
paling tidak pun ikut stail rambut aril AF.
tapi apa nak buat, masih sekolah lagi kan.
nanti pengawas tulis nama dalam buku log.
cikgu disiplin akan bagi amaran.
kalau tidak nanti kena denda kat sekolah.
mama akan berleter kat rumah.
tapi, papa selalunya tak kesah sangat.
sebab dulu masa sekolah pun dia kata, ikut stail amy search.
kejap rambut panjang, kejap punk kejap botak...
ha ha ha
ambik kau! kena gunting stail sekolah kat kedai gunting rambut mamak.
kau cakap lah apa stail pun...tetap sama. mamak style!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 refleksi:
mmg betul masa sekolah dulu pun, plg tak suka kena gunting rambut ...gonjeng je. tp terpaksa jugak...
Post a Comment