- report card...detik penuh debaran -

May 23, 2012

dulu masa aku sekolah. kalau result tak berapa bagus, rasa cuak nak bagi report card pada arwah abah. tapi, nak tak nak kena bagi jugak. tahan sajalah berdesing telinga kena marah atau kena leter. sebab lagi teruk kena marah kalau cuba-cuba nak memandai sign sendiri. silap-silap kena pelempang...

sebab arwah abah sangat ambik berat pelajaran anak-anaknya. lagipun dia polis. orang berdisiplin. dia mahu kita jugak berdisiplin. pasal  itulah kalau kita mintak sesuatu berkaitan dengan hal sekolah - nak beli buku ulang kaji, nak ganti kasut koyak atau apa saja - arwah abah akan cuba memenuhinya. walaupun aku tahu gajinya taklah sebesar mana.

mujurlah sejak aku masuk asrama bila ke sekolah menengah, sign report card tidaklah diwajibkan. lagipun zaman sekolah menengah ialah zaman nakal aku. mungkin salah satu sebabnya aku sedikit bebas daripada 'mata-mata' arwah abah. malah arwah abah pun pernah berpesan "ekau dah bosa, kono pandai-pandai bawak diri" semasa  pendaftaran masuk ke sekolah berasrama tu. maknanya dia cukup yakin dengan didikan dan nilai-nilai hidup yg ditanamkan pada anak-anaknya. dia sedar bila masanya sudah sampai untuk melepaskan mereka hidup berdikari.


*******

masa berlalu. kini aku sudah berkeluarga. giliran aku pulalah membimbing anak-anak. baru aku sedar betapa besarnya tanggungjawab seorang bapak. dan sukarnya melayan kerenah mereka. bayangkan aku ada 3 anak sedangkan arwah abah ada 10 anak. dan semuanya jadi anak yg berjaya dalam kehidupan. mampukah aku...?

*******

berbalik pasal report card.
semalam aku ke sekolah.
fuh...sekarang ni mak bapak kena datang ke sekolah untuk ambik report card anak. aku pujilah. dengan cara itu, mak bapak akan lebih prihatin terhadap pelajaran anak-anaknya dan boleh merujuk terus dengan cikgu yg mengajar.
tetapi hasrat yg baik itu tak selalunya tercapai. kadang-kadang kita tunggu giliran punya lama, tapi berjumpa guru tak sampai 5 minit. dan kerap kali guru hanya menjelaskan secara umum saja. maka, hasrat murni yang ingin dicapai daripada usaha perjumpaan itu tak tercapai.

sebaik giliran aku masuk...
belum sempat mengenalkan diri,  cikgu kelas eril dah cakap dulu...

"ini bapak eril, kan..."

uhhh...macam mana dia boleh tahu. macam mana dia boleh cam.
walhal inilah kali pertama aku jumpa cikgu tu.
adakah iras muka aku ni sangat mirip dengan eril?
besar kemungkinan...!!!

dan...pasal result. semua komen cikgu, baik-baik saja...
kalau tak, mana aku nak sorok muka ni, he he..

1 refleksi:

rahimin said...

nak sign report card mmg mendebarkan...ha ha