2014

Dec 31, 2013


kita orang pun sambut juga.
bukan kat dataran merdeka.
atau uptown nilai (ada konsert dan bunga api katanya malam ni...)

tapi kat padang depan rumah.
sambil makan jajan

peace...!

nak bergurau pun patut-patut la . . .

Dec 30, 2013


jai, jiran aku nak berangkat mengerjakan umrah dengan isterinya.
jadi sabtu, lepas dia buat majlis doa selamat.
macam biasa, lepas majlis doa, ada la makan-makan sikit.

biasanya kalau orang nak berangkat ke tanah suci kita ucapkan yg baik-baik.
bukan diorang nak pergi melancong.
ini kira ibadah jugak.

macam biasalah, bila nak balik kita jumpa tuan rumah.
dan oleh sebab dia nak berangkat mengerjakan umrah, kita ucap selamat padanya.

tapi orang kita ni kengkadang nak bergurau tak kena tempat dan suasana.

"selamat pergi, selamat balik. enjoy la kat sana. jangan tak balik pulak...mana tau mati kat sana, best gak kan...dapat pahala besar tu sama dengan mati syahid" kata seorang kawan kepada jai.

aku yang berdiri di belakang, nampak wajah jai berubah merah padam.
dia terkedu.
ish, ish, ish...kalau nak bergurau pun agak-agak la...

"selamat pergi selamat balik. moga segalanya dipermudahkan kat sana nanti. banyakkan doa dan zikir. doakan aku ikut jejak kau nanti ya..." pesan aku masa nak minta diri untuk balik.

tiba-tiba je, jai peluk aku.
dia terharu agaknya...

berniaga ala kadar, untung pun ala kadar la . . .

Dec 27, 2013


"kau try la kedai tu. roti canai dia stail melayu. tak macam mamak punya..." rekomen seorang kawan.

jadi cuti krismas hari tu lepas brisk walking, aku pandu kereta ke kedai dimaksudkan untuk breakfast.
tak berapa jauh,
kedai tepi jalan di kampung jijan.
macam biasa, kedai makan melayu, yang ala kadar je.
takde wawasan nak naik taraf macam kedai mamak yang dah tukar ke taraf bistro.

tak berapa ramai orang.
aku pun panjangkan leher nak panggil untuk order.
sementara tu aku makan dulu nasi lemak bungkus yg diletakkan atas meja.

"kopi o dengan roti telur..." aku pesan, bila akhirnya pekerja kedai datang ambik order selepas setengah bungkus nasi lemak aku telan.

"nanti bungkus roti canai...5" aku sambung.

pekerja tu cuma angguk je.

tak lama kemudian. pekerja tu hantar apa yang aku pesan.
roti telur dan kopi o.
roti telur dia sedap. tapi tak lah sesedap yang digambarkan oleh kawan aku tu.
bolehlah sebagai pilihan selain kedai mamak.
elok-elok habis je makan.
pekerja tu datang semula. aku ingatkan dia nak hantar roti canai bungkus.

"bang...roti canai dah habis la. boleh tak 3 roti canai dengan 2 roti telur. sebab roti tu dah campur dengan telur...?"

aku sebenarnya tak berapa faham, apa maksudnya roti dah campur telur!
sebagai pelanggan yg tak banyak kerenah.
aku anggukkan saja. 'okey la...'

dalam hati aku berkata. pelanggan taklah ramai mana.
waktu tu baru pukul 8:20 pagi.
takkan awal sangat habisnya. patutnya bajet atau stok untuk hari cuti begini kena lebih sikit la.
sepanjang aku menunggu roti canai dibuat dan dibungkus.
beberapa pelanggan lain datang sama ada nak makan roti canai atau nak bungkus bawak balik.
tapi mereka diberitahu yang roti canai dah habis.

nyatalah peniaga kedai makan melayu, tak bercita-cita tinggi.
atau tak nak untung lebih sikit.
padahal, permintaan pelanggan boleh tahan baiknnya.
lokasi pun strategik.

habis tu, macam mana nak lawan kedai mamak 24 jam!
kau order je roti canai, pagi petang siang malam....tak pernah habis!



lunch dengan artis k-pop

Dec 24, 2013


ha ha ha...takde maknanya.
pagi tadi meredah hujan untuk satu appointment di UIA Gombak.
lepas tu, kami diajak pergi lunch.
kami ni ikut aje la kan. rezeki datang bergolek.

cukupla 2 keping pic.
tak boleh lebih sudu daripada kuah...:)



miskin tidak, kaya pun tak jugak. . .

Dec 23, 2013


sementara menunggu bonus masuk (untung sabut timbul...hehehe) kena jugak keluar belanja sendiri dulu.
sekolah dah nak bukak.
hidup perlu diteruskan...ya tak hehehe

yeap, memang sekarang ni sibuk diperkatakan orang  kos sara hidup meningkat.
harga barang semua naik. minyak naik, letrik naik, gula naik, tol pun nak naik...
tapi badan pun sama naik gak...hahaha.

nanti ada pulak yg kata.
dah tahu hujung tahun nak belanja sekolah, kenapa tak buat simpanan?
tabungkan sikit-sikit dari awal tahun, hujung tahun dah boleh guna.
main kutu ke, simpan asb ke.
iya tak iya jugak...

entah la, yg kata kos hidup naik, tapi kereta menjalar-jalar kat depan rumah.
pergi cuti kat mana-mana pun, hotel penuh gak.
pergi shopping complex pun, parking susah nak dapat. kena tawaf atau parking haram.
nak makan di kedai yg mewah sikit pun, kena tunggu meja kosong dulu.

mungkin ada betulnya. kita ni tak kaya, tapi mewah...!


*****

hujung minggu hari tu, beli jugaklah keperluan sekolah.
kalau lewat sangat, atau last minute nanti, nak dapat saiz yg sesuai makin terhad lah.

nak beli yg harga murah, tak tahan lama.
baru sebulan dua dah koyak, dah kusam.
nak beli yg mahal, takut tak cukup bajet.

disebabkan bajet jugaklah, mana yg masih boleh pakai, kena kitar semula.
beli yg patut-patut je.


mereka yang pernah kita kenal dulu . . .

Dec 20, 2013


terkadang kita jumpa orang yang tak sangka kita akan jumpa di tempat lain atau dalam situasi di luar jangkaan.
memang benarlah makin jauh perjalanan, makin luas pandangan, makin banyak pengalaman.


1.
semasa ke morib hari tu. lepas breakfast di hotel, masih mengada-ngada nak cari jugak kedai mamak.
cari punya cari, jumpa satu kedai.
lot kedai baru, sebab ada dua kedai aje yg dah buka.
satu kedai makan mamak dan satu lagi kedai runcit.

roti canai banjir pun dipesan dan di'ngap'.
semasa nak bayar di kaunter.

"boss duduk nilai kan...?" aku ditanya.

"ya, mana tau? kenal saya ka?" huh cemana leh kenal ni.

"saya dulu kerja sana nilai jugak. restoran nasi kandar impian, desa cempaka itu la..." kata mamak tu.

"ooo...itu macam. sekarang sudah pindah sini la..." aku dah paham cemana dia boleh kenal.

"sini buka kedai sendiri. kicik-kicik dulu..." maknanya dia dah bukak bisnes sendiri. bagus mamak ni, ada wawasan.

"boss cuti sini ka?" tanyanya lagi, mesra.
"ya...bawak anak-anak cuti, jalan-jalan..."

mamak ni. kat mana-mana pun boleh hidup. kalau rajin dan sentiasa berusaha, apa pun boleh jadi.
semangat ni patut ada pada orang melayu jugak. respek!
dan kelebihan pada mamak, mereka menghargai pelanggan dan cepat faham perangai mereka.
pergi beberapa kali kedai mereka, mereka dah kenal.
dah tahu apa feberet minuman dan makanan kita nak order.
kita boleh cakap "biasa..." diorang dah tahu apa kita nak.

2.
semasa singgah di RnR temerloh, dalam perjalanan balik dari kuantan.
terserempak dengan Mus, seorang kawan lama.
dia tengah makan dengan isterinya.

lama dah tak jumpa. sejak berpindah dari tempat kerja lama dulu.
8 tahun tak silap.
dulu Mus ni belum dikurniakan anak.
sekarang ni pun rasanya takde anak sebab mereka berdua aje.
tapi takdelah pulak aku bertanya pasal anak.
isu sensitif dan boleh buat kawan kita kecil hati.
sekalipun dalam nada gurauan. tapi ramai yg terlupa...

"baru balik dari jengka, ada majlis kawin sedara..."jelasnya.

oleh sebab dah lost contact. sempatlah bertukar-tukar no telefon.
kembali terjalin lah kiranya kan.
tak sangka pulak RnR mempertemukan kami semula.
menyambung silaturahim...

3.
dalam perjalanan balik tu jugak. semasa berhenti di stesen minyak berhampiran bentong.
terserempak dengan dr shahrul.
dulu kompeni kami pernah ada projek dengannya.

katanya dia sebahagian daripada kumpulan misi bantuan mangsa banjir di Pahang.
bersama-sama konvoi dari UM.
bukan saja hantar barang keperluan tapi jugak tolong mangsa banjir bersihkan rumah selepas kejadian.

dr shahrul mengetuai konvoi staf dan pelajar UM dalam misi murni tersebut.
semuanya terdiri daripada anak-anak muda.
bagus kerja sukarelawan macam ni.
daripada bertelagah pasal politik siapa yg banyak bantu, siapa lambat, siapa cepat, masing-masing nak glamour nak tunjuk handal pada media.
walhal semua tu lakonan yg tak ikhlas untuk political mileage memasing...!

lebih baik buat kerja ikhlas secara sukarela. senyap-senyap je.
mereka inilah wira yg tak didendang atau the unsung heroes...!


untuk pemilik kereta yang banyak lemak . . .

Dec 18, 2013


manusia semakin banyak lemak.
lagi baik kalau boleh semua benda nak guna mesin.
dah ada mesin basuh, kalau boleh mesin terus sidai ke ampaian atau mesin lipat kain pulak, lagi bagus! alangkah bahagianya...
tak nak menyapu boleh guna vacuum cleaner.
rasa tak berapa rajin nak masak, buat delivery order je. setengah jam kemudian dah boleh makan kenyang-kenyang.

bila kereta kotor, rasa tak selesa tapi tak berapa rajin nak cuci.
kan kedai car wash ada merata-rata kat nilai ni.
tapi kengkadang bila hujung minggu banyak pulak kereta.
kena menunggu lama baru siap cuci.
menunggu lama pun rasa bosan dan malas pulak.
huh...memang dasar manusia banyak lemak.

kat desa jasmin, nilai tu dah ada mesin cuci kereta automatik.
duduk aje dalam kereta, tak sampai 10 minit dah setel.
kalau itu pun tak nak buat jugak...
memang banyak lemak sangat dah tu...!





GCR dan TC lagi daaa . . .

Dec 17, 2013


tak plan pun.
ushar online masih ada bilik yg available.
kebetulan ada cuti sehari lepas attend seminar hari tu.
jadi layanlah budak-budak yg tengah mabuk cuti terkurung kat rumah tu bermalam di gcr morib.
walaupun dah beberapa kali ke sini, tapi bila dah jumpa air tak kesah pun.
maka sehari suntuk lah berendam dalam air tu...



angle dari bilik...






sebelah malamnya ke pantai morib yg tak jauh dari situ...makan-makan

sotong bakar dan kerang bakar

***************************

lepas check out hari sabtu, terus ke kuantan.
sebab hari ahad tu ada kenduri kahwin anak sedara wifey.
bermalam di hotel vistana.
diorang sambung mandi-manda di kolam renang pulak.
haish...budak-budak. kita layankan aje la.

seperti biasa, setiap kali ke kuantan akan singgah ke pantai teluk chempedak.
ini kira cuti-cuti Malaysia jugak la kan....
tapi tak boleh mandi laut.
amaran bendera merah dinaikkan sebab laut bergelora...








ABN bukan ABP atau AJL dan seumpamanya. . .

Dec 16, 2013


agak sibuk sepanjang minggu lepas.
kebanyakan hari berada di luar pejabat.

segala macam anugerah ada kat negara kita ni.
mungkin terbaik bagi orang ramai, bukanlah terbaik bagi juri profesional.
begitu jugak sebaliknya.
kengkadang anugerah yg ada setakat lebih glamour dan popular bukan yg terbaik dalam erti kata yg sebenarnya...

sempat menghadiri international book conference yang dianjurkan oleh yayasan pembangunan buku negara di pwtc. sempena persidangan tersebut disampaikan anugerah buku negara (ABN 2013).

kompeni aku menang 2 daripada anugerah buku terbaik yg dipertandingkan.







benda canggih pun payah jugak

Dec 9, 2013


"alamak...takde air pulak..."seorang brader mengeluh.
sambil mengetuk-ngetuk kepala paip.
air masih tak keluar.

mujur dia hanya nak basuh tangan.
kalau nak basuh air besar, tak ke naya...!

sebenarnya semakin canggih teknologi.
semakin banyak benda canggih dicipta.
aku bukan nak cakap pasal gajet ke apa..

pasal paip air pun dah cukup.

benda canggih ini kadang-kadang boleh memalukan... 
bukak kepala paip aje pun, terpaksa fikir dulu...
macam mana nak bukak. macam mana nak guna
kalau tak tahu cara, tercabar maruah! hahahah

nak dipulas, ditekan, disentuh, atau tadah saja....

biasanya kalau ada orang lain,
aku akan perati dulu cara dia guna.
heh heh...
malu la weh, hensem macam ni tak reti bukak paip air!

brader tadi nampak moden, gaya metroseksual.
tapi terkial-kial nak bukak paip tu. dipulas-pulasnya.
dan kemudian dia bersungut dan sedikit gabra.

... lalu aku cakap, "kena tekan der..."

"oooo...."katanya sambil tersengih-sengih.


- blackout : mujur rambut tak jahanam-

Dec 5, 2013


malam tadi entah apa mimpi, aku singgah kedai gunting.
selalunya kalau dah kena 'tazkirah'
dengan wifey, tandanya rambut dah panjang dan serabai.

tapi semalam lain macam.
tiba-tiba je seru datang nak pergi bergunting.
wifey pesan suruh beli bahan untuk masak budak-budak yg melepak kat rumah sepanjang cuti ni.
nampaknya, masa cuti sekolah ni makin cepat bahan makanan habis.
iyalah, ramai yang kelaparan kat rumah.
tambahan pulak musim hujan sekarang ni...hahahah

sebaik beli barang di pasar raya berhampiran aku melencong ke kedai gunting.
tengah rancak bergunting,
tiba-tiba blackout...!!

aduhai.
apa nak buat ni?
separuh rambut belah kanan dah gunting, yg belah kiri belum lagi.

kalau esoknya cuti, boleh sambung esok.
ini besok kerja, takkan aku nak pergi kerja dengan rambut cenggini.
memang kena bahan la dengan kengkawan ofis.

nak tak nak. terpaksa lah tunggu jugak.TNB datang repair.
peliknya, pasar raya ada pulak letriknya.
ada back up kot.

setengah jam jugak la menunggu. baru okey.


Kenduri : Aftermath

Dec 4, 2013

menyental kuali & periuk besar sampai kilat...


mujur juga tuan rumah upah pekerja indon...


tungku masih berasap...


khemah yg kembali kosong dan sepi...huhu

entah apa lah agaknya yg dimenungkan oleh bapak pengantin (baju melayu hijau) tu...

macam biasa...tapau!

puzzle cuti sekolah

Dec 3, 2013


hujung tahun memang masa sesuai untuk percutian keluarga.
apatah lagi waktu itu juga lah cuti sekolah.
'belen-belen' cuti tahunan sengaja disimpan untuk hujung tahun.
tapi tertakluk kepada terma dan syarat juga lah.
terutama dari segi bajet.
lebih-lebih lagi untuk persiapan anak-anak ke sekolah tahun depan.

orang kata, patutnya rancang lah percutian dari awal.
rancang-punya-rancang tak jadi jugak.
biasanya  last minute plan tu yg lebih kerap menjadi.

bagi yg mak bapak bekerja macam aku.
rasa kesian jugak kalau anak-anak terperuk aje kat rumah.
kalau bawak berjalan ke shopping complex hujung minggu tu, dah biasa sangat.

tambah pulak bila dah besar sikit diorang tak nak duduk rumah pengasuh.
sanggup duduk kat rumah, bebas sikit.
mujur jugak rumah pengasuh (baca: transit) diorang cuma selang 3 pintu aje.
kami mintak dia jengok-jengokkan budak-budak tu kat rumah.
kunci pintu. jangan main kat luar, hatta kat laman rumah sekalipun.

kita orang dah rancang bercuti minggu depan.
masa itu ajelah yg ada ruang untuk dapat cuti serentak.
tapi sementara tunggu minggu depan, banyak 'ruang kosong' yg perlu diisi.

erin dan eril akan tengok tv sampai lebam.
erin tengok tv dalam bilik,
eril pulak cop tv kat ruang tamu.
mujur ada dua tv. kalau tak mahu bergaduh jadinya.
erol pulak macam biasa dengan games nya.
sampai cramp jari-jemari...! hahahaha

hari tu aku ada belikan jigsaw puzzle.
yang besar. ada 1,000 keping.
ambik kau!
aku rasa paling cepat pun diorang boleh siap dalam masa 5-7 hari.
sekurang-kurangnya tercabar dan terisi juga waktu terluang.

tapi,
diorang dah siapkan dalam masa 2 hari je weh....!!
nampak sangat 'masa lapang' berlebih-lebihan  semasa cuti sekolah ni.


penanggah abang long

Dec 2, 2013

 
sabtu lepas berlangsunglah majlis kenduri kahwin anak abg long.
majlis nikah dijalankan malam sebelumnya.
mujur abg ngah dah sihat, tak jadilah aku sebagai jurucakap tu...lega!
 
penat bekerja sebagai penanggah masih tak hilang lagi.
tapi penat itu berbaloi kerana majlis berjalan lancar dan meriah.
ramai sedara mara dan tetamu yg datang dari jauh dan dekat.
berseri-seri aku nampak wajah abg long dan kak long, mengalahkan pengantin.
 


penanggah tak boleh glamour. kena pakai t-shirt ni


ni tulisan kat belakang, tak boleh mengular...


pelamin buat kat wakaf pun ok...berangin je

12 khemah


kalau majlis senyap sunyi tak best...kena ada muzik latar
nash (pada syurga di wajah mu...) pun sudi menyumbangkan suara...

kompang dipalu, pengantin baru tiba...

 


makan beradab dan bersuap...hehehe