- cerita budak sekolah, kembali lagi... -
Jan 3, 2013
semalam, pagi-pagi lagi dah hantar erin dan erol ke sekolah.
tahun ni eril sekolah petang.
jadi dia boleh eksen sikit, tidur lewat dan bangun lambat.
maka pagi semalam cuma mata kuyu erin dan erol yg aku pandu ke sekolah.
walhal sebenarnya budak dah ada pengalaman sekolah dah tak payah mak bapak hantar untuk hari pertama ke sekolah.
diorang dah pandai rasa malu diajuk dek kengkawan.
cuma aku nak bagi 'sokongan moral' bahawa papa mereka ni sangat prihatin....hahaha
habis je perhimpunan, nak dengar amanat cikgu, mereka pun masuk ke kelas.
aku cuma nak tahu, jadual masuk dan balik sekolah.
dan yuran kena bayar ke tidak buat masa ni.
dua-dua jawapan dapat dah. yuran belum perlu bayar lagi, belum ada arahan kementerian, kata cikgu.
selepas diorang masuk kelas, aku pun beredar balik
sebulan lepas aku buatkan my kad eril.
lepas buat, kerani kaunter tu cakap JPN akan hantar surat pemberitahuan bila dah siap.
biasanya dalam tempoh 2 minggu.
tapi sehingga semalam takde apa-apa pun yg diterima.
jadi aku telefon ke hotline JPN dan diberitahu my kad tu sebenarnya dah siap dan boleh diambik.
moral ceritanya janganlah harapkan nak tunggu surat, takde maknanya.
terlanjur semalam cuti.
aku pun pergi ke JPN sepang dengan eril.
yeh, eril dah besar sekarang dah ada my kad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
Kalau x silap kalau surat beranak kena ikut jpn negeri tp utk ic kt mana2 pun boleh daftar
Post a Comment