- selepas 5 bulan kemudian. . . -
Jan 25, 2013
biasa kita tengok kat belakang lori atau bas.
atau banyak agensi kerajaan atau kompeni swasta.
yg tulis boleh buat sebarang aduan atau pertanyaan guna sms je.
memanglah ada yg berfungsi. tapi kebanyakannya tidak.
itu buat 'pemanis mulut' atau 'penyedap hati' je.
usahkan sms nak berbalas, inikan pulak nak diambil tindakan terhadap aduan kita.
dah banyak kali dah aku cuba.
tak kiralah aduan kepada jpj terhadap bas ekspres yg memandu gila-gila.
atau aduan pasal sampah yg dibuang merata-rata berlonggok tepi jalan.
atau air tiba-tiba terputus tanpa notis.
begitulah yg aku alami.
berkali-kali hantar sms aduan anjing liar kat area aku dulu ke majlis perbandaran
nak telefon asyik busy. atau di pass pass line sana sini macam bola dan akhirnya...terputus begitu aje.
akhirnya bila aku ada kesempatan aku pergi sendiri ke majlis.
buat aduan.
"memang kami tahu masalah ni incik. kami akan ambik tindakan segera..."
ya, kira-kira dalam bulan ogos dulu aku buat aduan.
salinan aduan tu ada aku simpan.
minggu lepas aku terima surat daripada majlis.
walaupun tarikh pada surat itu dibackdated-kan kepada disember.
taktik la tu kan. kalau dah masuk 2013, nampak sangatlah lembabnya....
dalam surat ni aku dibagitau, tindakan sudah diambil.
anjing yg berkeliaran tak ditemui.
mungkin sebab tu takde tangkapan.
atau takde tangkapan dibuat walaupun memang ada anjing berkeliaran.
entah mana satu kenyataan yg betul.
tak dinyatakan dengan jelas.
jadi bila tak ditemui, masalah tu kira selesai lah. setel.
sama ada aduan aku takde bukti.
atau mereka tak jumpa 'suspek'.
kes ni kira tutup.
yang peliknya kenapa selepas 4-5 bulan baru nak bagi tau.
adakah surat ini sekadar rekod bahawa tindakan sudah diambil?
atau untuk rekod ISO yang akan diaudit oleh auditor?
kalau begitu lebih kurang sama lah saja dengan tak ambil apa-apa tindakan...
kalau pasal lewat bayar cukai pintu.
atau nak kompaun apa-apa kesalahan.
memang cekap dan pantas saja pihak majlis bertindak...!
bila kita perlukan khidmat mereka, macam ni lah biasanya berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 refleksi:
tak abis lagi kes anjing ni?nape tak bagitau nak kesana?aku nak jugak tahu apa respond diorang dgn kes anjing kejar anak aku last year?hehe
aku mmg tak puas hati. sampai sekarang ni masih ada anjing berkeliaran. nak tunggu sampai ada yg jadi mangsa agaknya...baru nak kelam kabut.
aku juga.sampai skrg anjing yg kejar anak aku tu berkeliaran kat taman.siap jeling kalau nampak aku
huh
mmg selgai xde kes, diorg x bertindak
Post a Comment