- jangan lupa, dunia ni kecik je...-

Jan 14, 2013


dunia 1
kak seri kawan sekompeni aku. suaminya berjawatan tinggi.
saban tahun aku ke open house hari raya kak seri.
kalau aku buat majlis makan-makan pun, kak seri dan familinya akan datang rumah aku.
maknanya dah banyak kali  jumpa suami kak seri. dan kenal anak-anaknya.
suaminya memang agak serius dan pendiam. tak banyak cakap.
sepatah kita cakap, sepatah dijawabnya.
baru-baru ni, kak seri ada cerita yg anaknya nak bertunang.
anaknya dah umur 26 tahun, dah kerja.
anaknya tak berani tunjuk yg dia dah ada boyfriend.
kak seri tahu, tapi tak berani nak bagitau suaminya.

oleh sebab si pakwenya mendesak, nak kahwin, berapa lama lagi nak tunggu.
maka kak seri beranikan diri, bagitau suaminya.
walaupun nampak garang, tapi hati suami kak seri lembut macam jeli...hahaha
dia setuju. malah gembira yg anak daranya nak kahwin.

kak seri cakap dah 6 tahun diorang berkawan, sejak study dulu.
tapi kak seri kata, anaknya  tak pernah keluar dating, walaupun dua-dua duduk KL.
aku angguk ajelah.
walhal aku beberapa kali terserempak anaknya tu dengan boyfriendnya kat shopping complex..
dunia ni kan kecik je...

dunia 2
eril dah masuk tingkatan 1 tahun ni.
seperti sebelum ni, kita orang kena aturkan transport untuk anak-anak ke sekolah.
erol dan erin takde hal. masih guna transport jiran yg ambik dan hantar budak-budak sekolah.
kita orang ambik pakej transit  dan makan tengah hari sekali.

masalahnya, tahun ni eril sekolah petang.
nak pergi sekolah masih lagi guna transport jiran yg sama. tapi soal balik sekolah ada problem sikit.
jiran tu kata, dia cuma ambik budak sekolah rendah.
lagipun, keretanya dah penuh. takkanlah semata-mata nak ambik eril, dia kena patah balik selepas ambik budak sekolah rendah (1,2,3) yg sekolah petang jugak.
aku terpaksa buat arrangement. salah seorang kena ambik eril balik sekolah.
kalau sempat, aku ambik. kalau tak sempat, wifey yg. ambik.
sebab  aku ni tak tentu. iyalah kerja kat KL nak balik nilai. jauh tu...
belum tentu boleh sampai tepat pada masa nak ambik eril yg keluar 6.45 petang.
kalau hujan ribut, jalan jem atau apa-apa halangan di jalanan, eril pulak yg kesusahan nanti.
takpelah kami beralah saja...

tapi aku ternampak beberapa kali yg jiran tu ada ambik jugak budak sekolah menengah.
tingkatan satu macam eril.
dan yg diambik tu  seorang aje. selepas ambik trip budak sekolah rendah yg balik 6:30.

petang khamis lepas, aku sampai awal nak ambik eril.
dan aku sengaja parking kereta betul-betul depan kereta jiran tu.
dia nampak serba tak kena.
dunia ni kan kecik aje...

3 refleksi:

Irfa said...

donia oh donia ;)
tak kemana pun ..hehe
kes 1)
senang citer,jgn kompang sgt ksiah anak2 sbb belakang kita tak tahu apa peel dia.kawan aku penah kata,anak kecik mslh kecik.anak besar mslh besar

kes2)
hahaha.aku gelak..mesti birumerah muka akak tu bila tgk ko

bangsawan nilai said...

1. aku x nk malukan dia aku simpan aje.

2. mmg muka dia merah padam, skrg ni asyik nk mengelak je...

rahimin said...

hahahahaha ckp siang pandang-pandang, ckp mlm dengar2.....mmg dunia ni kecik je nk menipu