- sebenarnya kita ni terlalu manja. . . -

Jan 7, 2013


eril, erol dan erin begitu gabra sekali.
mereka resah gelisah.
duduk berlonggok bertiga-tiga.
ke mana saja aku pergi, ketiga-tiganya mengekor.
aku bukan ke mana pun, sekadar dari ruang tamu nak ke dapur...
aisshhhhh...

ya, aku ke dapur nak cari lilin.
bukan....
bukan nak cucuk atas kek hari jadi.
nak cari lilin sebab gelap.
senang cakap, takde letrik...!

laaa ...setakat takde letrik pun kecoh habis, budak-budak ni.

mujur ada sebatang.
kadang-kadang kita ni bila dah terkena baru nak beringat.
sebab kita selalu ambik lewa. take for granted.
sepanjang masa mesti ada letrik.
letrik terpadam 20 minit pun dah mengeluh.
dah marah-marah....
teruk la TNB ni!
apelah kerajaan ni, menyusahkan rakyat!
sampai begitu sekali...


nak tengok cerekarama pun, missed.
nak tengok bola, melepas.
...dan dalam kes malam tadi, wifey naik angin sebab terlepas  bahagian awal AJL.
dia terlepas 'ombak rindu' dan 'patah seribu'.
tambahan pulak masa tu katanya ada aaron aziz yg mendukung adira...!
hahahaha...

panas....berpeluh.
takde kipas, takde air cond.
begitu 'manja'nya kita.

kembali kepada 3 beradik tu.
selepas aku pasang lilin.
mereka berlonggok menghadapnya.
macam duduk mengeliling 'unggun api' waktu berkhemah, lagaknya.
hisshhh...
teruk betul budak-budak sekarang.
manja...!
macam kita juga...

itu baru 20 minit.
kalau 2-3 hari?
macam mana mereka nak hidup?
hahahahaha.....


2 refleksi:

Irfa said...

oh kami okey je malam tadi.x miss pun bile enAA dukung adira.hehe

sbb tu ada yg kata lebih baik xde air dr xde letrik sbb xde air lori boleh hantar air tp xde letrik?dgn panasnya dgn itu ini begitu begini
senang citer kita mmg dah manja

bangsawan nilai said...


irfa,
aku tunggu segmen yg last je...rock kapak!