- tragedi @ fitting room -
Jul 30, 2013
kalau pergi shopping complex, terutama musim perayaan memanglah sesak.
bila dengar pengumuman "kepada ibu bapa yang kehilangan anak, berumur kira-kira 4 tahun, berbaju kuning, berseluar hitam, sila datang ke kaunter kami di aras satu dengan segera..."
itu dah macam jadi perkara lumrah pulak.
benda yang tak patut berlaku, tapi berlaku jugak.
dan masih berlaku lagi, dan lagi.
sebab ibu bapa tak pernah serik.
itupun mujurlah ada yg jumpa.
kalau kena culik atau kena bawak lari sindiket ke. tak ke niaya.
yg kerap disalahkan adalah budak tu.
"itulah...kan mama dah kata jangan merayau...!"
kalau budak pandai jaga diri, tidak lah budak namanya kak oooi
kita yang dewasa ni bertanggungjawab sepenuhnya akan keselamatan mereka tu.
*******
ini pulak kejadian masa pergi shopping hari tu.
aku tengah tunggu depan fitting room dengan erol.
sebab eril tengah try seluar jeans.
dah pandai segan dah anak bujang aku ni.
dulu main tanggal seluar selamba je kat tengah orang ramai bila nak test seluar baru...he he.
tiba-tiba ada sorang perempuan datang meluru ke arah kami.
lebih kurang sebaya dengan wifey la.
bersama-samanya berderet 3 orang anaknya mengekor di belakang.
terkejut jugak aku pada mulanya.
"incik buleh saya masuk dulu tak..." katanya dengan wajah agak cemas.
mahu aje aku jawab, ini bukan toilet, ini fitting room la.
"kenapa? anak saya ada kat dalam tu..." aku jawab tak sama dengan apa yg ada dalam hati (hu hu )
"sorry, saya ingat incik tengah tunggu turn nak masuk.." katanya, masih cemas.
punya la banyak fitting room kat sini. kenapa yg ini jugak dia nak masuk.
tak menyempat-nyempat pulak tu.
aku membebel dalam hati.
tapi aku yg baik hati ni pun sound kat eril, di dalam tu.
"ril, dah ok ke. cepat sket, ada orang nak masuk ni..."
sejurus tu, eril pun keluar.
perempuan tadi tu tak sabar-sabar, terus je meluru masuk.
diikuti ketiga-tiga anaknya
huish, sungguh kurang sopan...
tapi, kemudian dia keluar semula.
"dah takde la....dah hilang. cepat-cepat cari daddy.
bagi tau dia...." kata perempuan tu kepada anak-anaknya.
mukanya makin cemas dan wajahnya pucat.
"kenapa?" aku tanya padanya yg tengah kalut tu.
"handbag saya tadi tertinggal kat dalam fitting room tu. dah takde dah..." jawabnya macam nak menangis.
Oooooo, begitu kisahnya.
aku cuma mampu tumpang simpati....
entah dah berapa ramai orang lain yg guna fitting room tu sebelum eril masuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
adoyai...tension woi. handbag boleh ganti tapi segala benda dokumen mak nenek yg penting kat dlm tu
emm siannya
x dpt bayang hilang hbag
sbb semua mende dlm tu.huhu
Post a Comment