oh! my keropok . . .
Jan 16, 2014
eril, erol dan erin memang suka tengok oh! my English.
lebih lebih lagi erin.
berkali-kali kalau disiar pun masih diulangnya tengok.
dalam pvr pun berderet-deret dirakamnya masih tak mahu dipadam.
setakat ni belum ada episod baru untuk musim baru.
malam tadi ada episod khas, oh! my English in America.
sejak seminggu sudah diorang asyik menunggunya.
excited semacam...!
sebelum ni pun ada episod khas, oh! my ganu.
ada zizan berlakon sekali.
ok.
aku mengaku sesekali, aku pun join jugak tengok!
konsep sepatutnya, sambil belajar English dan membetulkan yang tidak betul.
elok la tu.
kena ada program tv yang ada konsep menonton sambil belajar.
semalam bebudak ni cuti sempena keputeraan Yang diPertuan Besar N.Sembilan.
jadi, balik kerja semalam aku singgah gerai tepi jalan.
belikan keropok lekor dan goreng pisang.
nak belikan coklat, gula-gula atau jajan dah kerap sangat.
rupa-rupanya pengaruh oh! my English ni berbekas jugak.
mula-mula aku tak berapa paham sangat bila erin bagitau pada erol.
"papa bawak balik kepok zizang...jom la makan..."
diorang tak panggil keropok lekor dah.
sebaliknya diorang panggil
"KEPOK ZIZANG..."
baru aku teringat dalam oh! my ganu hari tu, zizan ni kengkononnya jutawan keropok yg cuba nak tackle cikgu ayu.
dia ada rangkaian francais, 'keropok zizang'!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 refleksi:
eh samalah ngan kekanak kat rumah tu
malam td semua dah solat awal..keje sekolah setel semata2 nak ngadap my English in America.hihi
samalah dengan anak2 saya..... memang tak missed dgn oh my english ni dan kadang2 tumpang sekaki dengan dia orang....
aku pun join gak hehehe
Post a Comment