perlu ke pujuk mereka yg nak berhenti kerja?

Jan 10, 2014

ini perbualan kak rose dgn boss yg sudah diadaptasi...hehehe

rose: betul ke saya dengar zieman nak letak jawatan, berhenti kerja? (sebagai sekretari rose ambil peluang mahu tahu daripada mulut boss sendiri)

boss: ya... (jawab macam takde perasaan)

rose: habis tu boss terima ke? (rasa macam frust)

boss: saya terima aje la (macam layan tak layan)

ose: boss tak cuba pujuk dia ke?

boss: nak pujuk buat apa? (pertanyaan dijawab dengan pertanyaan)

rose: kerja dia tip top, ada kaliber, potensi besar, banyak idea, staf lain respek kat dia...

boss: so....?

rose: sayang la boss kalau kita lepaskan dia...

boss: kalau dia sendiri dah tak sayang kompeni ni, buat apa kita sayang pulak nak lepaskan? (sekali lagi boss keluarkan ayat tanya sebagai jawapan)

rose: (diam aje...dalam hati, betul jugak cakap boss tu)

2 refleksi:

Irfa said...

lima bintang utk bos ;)

rahimin said...


betul la tu bukannya boss suruh dia berhenti, dia yg nak berhenti biar aje la