astro: adakah perkhidmatan kami efisien?
Jan 21, 2014
astro ni memang efisien!
ya,memang efisien dari segi potong- memotong.
kalau lewat bayar je, potong.
senang je nak potong sebab diorang tak payah datang ke rumah macam nak potong letrik atau air.
lepas tu kena bayar penalti untuk sambung semula.
bukan kita tak bayar, cuma lambat bayar.
sebab due asyik terlajak.
malas nak pening-pening (pening arr...kata shuib sepahtu).
aku buat auto debit. jadi pasal astro ni dah setel.
astro bukan barang mewah lagi. dah jadi keperluan.
kalau mampu kau bayarlah tengok semua channel. ada lebih 100.
kalau tak nak bayar lebih, pakai pakej yang basic aje la.
tak payah nak bising-bising kata astro harga naik.
nak jimat-cermat pergi lah melangut kat kedai mamak 24 jam sana tu.
****
1 januari hari tu.
orang astro telefon. diorang offer pasang 2nd decoder.
cuma perlu bayar rm50 sebulan.
mereka kata promosi sempena tahun baru.
aku pun kata ok ajelah.
elok juga.
takdelah berebut nak tengok bola atau drama melayu.
atau sorok remote nak tengok movie atau kartun.
2 minggu lepas, diorang telefon lagi.
nak confirmkan yang aku setuju ambik 2nd decoder.
eh...hari tu bukan dah confirm ke?
aku tanya 'bila nak datang pasang?'
'nanti ejen installer kami akan hubungi incik' jawabnya
oleh sebab hal ni tak mendesak sangat, aku tak lah buat follow up.
kalau datang, elok lah. kalau tak datang pun tak pe.
tup tup lepas dua minggu.
dalam 11:00 pagi semalam. ejen yang nak install tu call aku.
diorang nak datang pasang.
aku cakap takde siapa kat rumah. petang nanti ajelah.
dia jawab, tak boleh, sebab pagi tu sampai tengah hari diorang install area seremban termasuk lah area rumah aku.
sebelah petang diorang kena pergi area Port Dickson pulak
jadi aku suruh ajelah diorang datang sebab katanya boleh sampai dalam masa setengah jam.
lagipun waktu tu erol belum pergi sekolah petang lagi.
aku pun bagitau erol suruh tunggu sebelum dia pergi sekolah.
tunggu punya tunggu, diorang tak sampai juga sampailah erol dah pergi sekolah.
lebih kurang dekat pukul 1:00, ejen tu call.
'takde orang kat rumah la incik'
'memang lah tadi korang cakap boleh sampai dalam setengah jam ni dah dekat sejam setengah.' aku pulang paku buah keras.
'habis tu macam mana ni incik....?'
mujur aku takde kat situ nak bagi penampor jepun.
terpaksalah aku minta jasa baik jiran aku a.k.a pengasuh anak aku a.k.a tempat transit sekolah anak aku, tolong uruskan.
sebab dia ada simpan kunci spare rumah. untuk hal-hal emergency yg melibatkan anak-anak aku.
nak pasang decoder astro ni pun kira emergency jugak lah...
ya, perkhidmatan astro sangaaaattt efisien.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
malas nak cite psl astro ni
buat aku naek angin je
kalau x kerana siaran free pun tak dpt kat taman tu, x hingin aku pasang astro ni. psng tu pun sbb terpaksa. itupun basic je
HD la beyond la.
tapi bila hujan...hampeh!
Post a Comment