tengok rekod la doc. . . !
Jan 29, 2014
aku ni bukan kaki mc
sepanjang tahun lepas 2 kali je mc.
tahun-tahun sebelum tu pun lebih kurang 1-2 hari jugak.
kat area perumahan aku ni ada 2 klinik.
dulu aku pergi yang satu tu.
servis ok, caj pun tak lah mahal sangat.
tapi ramai sangat patients, terpaksa menunggu lama giliran jumpa doktor.
sementelah klinik tu jadi panel kepada banyak kompeni.
mungkin sebab tak menang tangan, servis dia jadi slack sikit.
itu terjadi pada aku sendiri.
dua kali aku pergi klinik sebab demam yg tak kebah.
aku cuma diberi ubat demam.
sehinggalah aku terpaksa ke klinik lain waktu tengah malam sebab rasa dah tak larat.
rupa-rupanya aku kena demam denggi.
macam mana doktor tu tak dapat detect, 2 kali pulak tu...
mujur masih belum parah, terlantar jugakla seminggu
jadi, sejak tu aku dengan famili beralih arah ke klinik yg satu lagi.
klinik ni tak berapa ramai.
mungkin sebab caj yg dikenakan lebih mahal.
tak kisahla asalkan dapat servis yg baik.
doktor-doktornya pun 'mesra alam'.
******
tahun ni, sepanjang bulan ni je dah dua kali mc.
kali pertama awal bulan ni, demam campur batuk.
puan doktor ni pertama kali aku jumpa.
rasanya doktor baru bertugas di sini.
tak seperti doktor yg lain di klinik ni (setahu aku 3 orang), dia ni tak berapa friendly.
semalam pun aku jumpa doktor yg sama.
check lebih kurang je. walaupun aku demam melepek.
rasa satu badan dah berasap-asap.
batuk berdengkung-dengkung.
apa dia ingat aku saja nak dapat mc ke?
tengok rekod la doc!
hari ni terpaksalah jugak ke ofis.
boss pun tegur.
"huh...you look terrible la. lebih baik you balik, pergi klinik..."
hmmm. takde la nak balik.
aku bertahan aje la hari ni.
dilema jugak ni.
mungkin kena cari klinik lain pulak.
atau tengok siapa doktor yg bertugas untuk hari tu.
kalau doktor yg sama jugak, tak jadi la...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 refleksi:
klinik satu tu panel syarikat
klinik dua..mahal sikit dan dia bukan panel
sbb aku ni jarang ambik mc, selalu dpt jugaklah..tp ada satu doktor pompuan tu mmg kerek sikit. namanya bermula huruf D
hihi
hehehe
klinik yg sama & puan doctor yg sama. apakah?
whoaaaahhh
badan dah berasap-asap pun dpt sehari je mc tak patut, tak patut hahhhhahhhahh
Semuga cepat sembuh...... Alhamdullillah my hero dah sembuh dari demamnya.....
Post a Comment