kita rasa dah cukup kenal, tapi . . .

Feb 27, 2014


kengkadang kita rasa  dah kenal kawan kita tu cukup lama.
hinggakan kita rasa dah tahu serba serbinya tentang dia.
malah segala rahsianya adalah rahsia kita juga.

sehinggalah kita dapat tahu.
sebenarnya orang lain lebih tahu pasal dia.
dan kita yang sepatutnya tahu, tapi tak tahu.
hal yang maha besar tentangnya.

kemudian kita mula berfikir.
kita mula menaruh curiga.
kenapa hal yang satu itu kita tak tahu.
sedangkan orang lain pula yang tahu.
orang lain yang lebih 'jauh'.

mungkinkah ada lagi hal lain tentangnya, yang kita tak tahu?
atau cuma kita sahaja yang merasakan bahawa kita kawannya paling akrab.
sedangkan dia tidak menganggapnya begitu.
kalau ya, pastinya  hal sebesar itu  sampai ke pengetahuan kita, bukan?

dari juaseh ke ulu bendul

Feb 26, 2014


sabtu lepas ke majlis pertungangan anak abang ngah di juaseh.
kalau ikutkan program asal, ada majlis tahlil dan yasin dulu lepas zohor.
majlis tunang berlangsung dalam pukul 3.

tapi pindaan saat akhir, kami tak dimaklumkan.
wifey relaks, kemas rumah dulu.
aku bawak budak-budak pergi breakfast lewat.

jam 11.30 baru gerak.
sampai kat sana, para jemputan tengah makan.
rupa-rupanya baru selesai majlis tahlil dan yasin.
program diawalkan jam 12.00.
manakala rombongan dijangka datang untuk majlis bertunang lepas solat zohor.
atas permintaan pihak rombongan sebab perjalanan balik yang jauh ke jerantut.

jadi, sampai-sampai aje rumah abang ngah, terus makan ajelah.
masak stail kampung, memang mengancam la.
majlisnya tersusun dan ringkas je.

aku duduk belakang je sbg pemerhati hehe




trend skrg, siap ada mini pelamin
balik dari majlis tu.
singgah air terjun (jeram?) ulu bendul.
rehat sambil makan kepok lekor, jambu batu dan kacang rebus.
main 'celup-celup kaki' je.
sebab tak plan nak singgah pun.





terlerai . . .

Feb 25, 2014


kita cuba mempertahan sebuah ikatan.
kalau boleh hingga ke akhirnya.
biar segala halangan tiba, badai melanda.
cuba didepani bersama-sama.

namun apalah daya.
bila tiba jua masanya nanti.
kesetiaan itu tidak dihargai lagi.
atau takdir meleraikan ikatan itu.


jasamu dikenang
atau mungkin juga.
sudah ada yg lain.
sebagai pengganti....

hehehe....
sila senyum, kalau faham
 
 



 

bukan semua mat motor tu mat rempit der. . .

Feb 20, 2014


kita ni selalu pukul rata.
kita suka bagi cop negatif pada orang.
tak semua yg tunggang motosikal tu mat rempit.
yg buat jahat tak senonoh tu memang mat rempit.
tapi segelintir ajelah.
selebihnya, dan jauh lebih ramai lagi hanyalah 'orang biasa' yang naik motosikal.
sama ada nak ke tempat kerja.
nak hantar anak ke sekolah.
pak aji yg nak ke surau.
mak cik yg nak ke kedai beli sabun basuh.
atau pasangan yg nak ronda-ronda makan angin.

zaman aku student dulu pun naik motor jugak.
masa mula-mula kerja dulu pun masih pakai motor cabuk tu.
bila dah mampu, upgrade sikit pakai kereta pulak.
aku paham apa kesusahan dan 'cabaran' naik motor ni.
kerap kali mereka dianggap sebagai pengguna jalan raya kelas 3.
macam lah takde hak atas jalan. kena himpit. kena hon. kena maki.
lebih serius, diorang terdedah pada risiko kemalangan.

tapi ada juga yg sengaja menempah malang.
mencilok-cilok celah-celah kereta.
tunggang ikut tengah laluan.
bawak motor laju-laju.
bawak motor lawan arus. langgar lampu merah.
itu tak dinafikanlah...

pagi tadi dalam perjalanan nak ke ofis.
ada kemalangan kecil dekat dengan bangunan angkasapuri.
kereta di depan aku tergesel sebuah motosikal.
mungkin tak perasan atau sengaja nak lari selamatkan diri.
kes langgar lari.
pemandu kereta tu terus blah dari tempat kejadian.

tapi kereta di belakangnyanya berhenti. dengan niat nak membantu.
aku pun sama memberhentikan kereta.
beberapa kereta kat belakang aku macam tak puas hati.
mereka hon pada kami.
waktu tu masih awal pagi.
jalan tak berapa nak jem.

brader motor tu nak hantar anaknya ke sekolah
tak serius sangat. cuma lutut kirinya luka dan berdarah.
mujur anaknya tak apa-apa.
aku tegakkan motor yg tumbang.
mamat pemandu yg seorang lagi sapukan luka orang tu dengan tisu.

tiba-tiba muncul satu orang entah dari mana.
dia marah-marah dan menolak mamat yg membantu tadi.
mungkin dia tu ialah sedara, kawan atau kenalan brader motor tu.
dia sangka, orang tulah yg langgar motor tu, bertindak tanpa usul periksa.
selepas dijelaskan olah brader motor yg cedera tu, dia nampak macam bersalah sangat.
cepat-cepat mintak maaf kepada mamat yg baik hati membantu tadi.
kemudian beberapa motosikal lain ada yg berhenti nak bantu.
masih ramai yg baik hati, sedia membantu dan tak mementingkan diri sendiri kat bumi Malaysia ni...!

oleh sebab situasi dah terkawal. dan kereta kita orang dah mula menghalang laluan kereta lain.
jalan pun dah mula jadi jem.
aku dan mamat pemandu kereta yang turun membantu tadi pun segera beredar.

ada 2 perkara yg bermain dalam fikiran aku...
- kita lebih nampak yg  negatif
- walaupun yg buat tak elok tu tak ramai, kita pukul rata semua sama contohnya semua polis rasuah, semua mat motor tu mat rempit, semua pekerja gomen tu malas

kejadian di tepi jalan pun boleh kita jadikan pengajaran dalam kehidupan kalau kita tengok lapis demi lapis bukan selapis sahaja.

pengantin sebelah rumah

Feb 18, 2014

sebelah rumah je, boleh makan dan tapau sekali

anak jiran ialah pengantin perempuan,  


geng erin . . .

banyak sangat majlis anugerah kat malaysia ni . . .

Feb 17, 2014


biarlah orang pergi majlis anugerah yg glamour tu.
dapat jumpa artis, pakai baju bling-bling, dapat masuk tv.
bagi aku yg serba sederhana ni dapat jemputan majlis anugerah kat dewan sekolah pun dah cukup bermakna bagi aku...hahaha

yg ni dapat anugerah  bukan sebab dapat undi terbanyak.
atau sebab ramai peminat dan popular.
tapi memang betul-betul terbaik la... hehehehe

hari sabtu, menemankan eril ke sekolah, majlis anugerah cemerlang akademik.
wifey tak pergi, sebab sibuk siapkan lauk pengantin yg ditempah jiran.
majlisnya berlangsung pada hari yg sama.
aku sampai ikut waktu pada surat jemputan.
tapi macam biasa, masa aku sampai, cikgu-cikgu masih sibuk menghias pentas dan menyusun hadiah.

aku pun duduk la bahagian depan, main fb sambil menunggu.
8:45 baru start.
macam biasa la ada ucapan, ada persembahan pelajar, dan penyampaian anugerah.

ucapan pengetua
eril sedang menerima anugerah

persembahan pelajar
cuma seperkara aje la nak bagi cadangan.
kepada pihak penganjur, cikgu dan sekolah.
kalau nak bagi anugerah cemerlang.
biarlah anugerah (hadiah) yg diterima pelajar pun cemerlang juga....hehehe
bukan apa, eloklah lebih  'bernilai'  sikit untuk dorong semangat budak-budak.

emmm macam pernah ku dengar ayat itu . . .

Feb 14, 2014


hentian putra.

kalau hadir function di pwtc atau seri pacific hotel, aku biasa parkir kat situ.
sebab pertama, caj murah.
kedua, keluar je parkir terus masuk jalan utama.
ketiga, aku tak suka parkir kat basement. gelap.
eh! perlu ke bagi 3 sebab...?

bukan nak cerita pasal parkir.
nak cerita pasal kejadian di situ.

sebaik aku berjalan menuju tangga, satu orang mamat datang mendapatkan aku.

tapi kata-kata dia tu, macam skrip yg dah dikitar semula.
dah biasa dengar.

"bang...saya nak balik kampung bang.
nak naik bas. tapi duit tak cukup...
mak saya sakit. emergency ni.
saya tak nak mintak banyak
20 hinggit pun cukup la.
buat tambang bas je..."

aku pandang dia atas bawah.
matanya merah. muka cengkung.
dia sandang satu beg lusuh.

aku diam je tak cakap apa-apa.
terus je berjalan.
dia ikut aku.
...dan ulang kata-kata dan skrip yg sama, sekali lagi.

"dik...guna cara lain la.
dah biasa sangat la..." tingkah aku padanya. sedikit rimas.

mula-mula dia terdiam.
kemudian, dengan nada sedikit tinggi, dia cakap.

"abang tak bagi takpe...tapi jangan tuduh saya tipu...tau!" ada nada marah.

suspen gak aku.
tapi aku kena pertahan prinsip yg aku pegang.
aku buat-buat berani.

"hei, aku  kerja area sini tau!
dah berapa kali kau mintak duit.
kau memang tak perasan aku. tapi aku cam muka kau...!" ayat-ayat hero aku terkeluar.
pitchingnya boleh tahan tinggi
mungkin 'bohong sunat' perlu.
untuk mempertahankan diri.

nyata, ia menjadi.
mamat tu pun beredar.
langkahnya agak tergesa-gesa...!

aku turut berkongsi duka mu . . .

Feb 13, 2014


sebahagian diri kita sudah hilang. hilang bersama sepi malam.
hilang yg takkan kembali. takkan berganti.
siapa sangka orang yg kita sayang, yg berkongsi hidup dengan kita.
tanpa sebarang kata perpisahan, tiba-tiba pergi.

sayunya tak terperi. perginya pula tanpa kita di sisi.
yang ditatap hanyalah sekujur tubuh yg sudah kaku.

kawan ku ini di kuantan, atas urusan kerja.
sudah kerap benar begitu. out station.
isteri yang ditinggalkan dengan anak-anak sudah terbiasa.
lagipun mereka sihat-sihat sahaja.

dikhabarkan pada aku.
ada banyak versi tentang apa yang berlaku hari itu.
aku gabungkan menjadi satu.

********

tengah hari itu, seperti biasa.
si isteri pulang ke rumah.
rumah dengan pejabatnya, dekat sahaja.
itulah rutin hariannya.
kalau tidak makan tengah hari pun, dia berehat saja.
lepas solat zohor, akan kembali semula ke pejabat.

hari itu, selepas makan tengah hari bersama anaknya.
dia naik ke tingkat atas. ada rasa penat sikit, adunya pada si anak.
kemudian disusul oleh anaknya untuk ke biliknya di tingkat atas juga.

ternampak olehnya, emaknya yg sudah rebah.
rebah yg tidak bangkit semula.
dia kembali ke rahmatullah dengan mengejut sekali.
tiada sakit, tanpa sebarang tanda, atau pesanan terakhir.

*********

bertabahlah wahai sahabat.
meski simpati aku tak mungkin dapat menutup hiba sedihmu.
kehilangan yg kau rasakan, pastinya tak terlupakan sepanjang hayat.
namun kau harus meneruskan kehidupan, demi anak-anak.
mereka itu zuriatmu bersama orang yg kau kongsi kasihnya.

aku juga berkongsi dukamu, seperti mana aku berkongsi tawamu, sahabat...

tak payah masuk ofis ya . . .

Feb 12, 2014



sepanjang hari ni lepak kat sri pacific hotel, KL.
tak payah masuk ofis.
makan pun sedap-sedap.
,,,dan dapat jumpa Tun M in person....heheeh

demi mereka, kita turutkan . . .

Feb 11, 2014


aku dulu masuk pengakap jugak... itu pun pakai t-shirt dan scarf.
topi takde pun. segala benda yg tampal kat uniform tu takde pun.
seluar pun pakai seluar sekolah je.

eril dan erol masuk kadet remaja. tiga minggu lepas beli sepasang lengkap uniform.
siap beli jugak segala mak nenek lencana dll nak tampal kat baju.
tahun lepas eril pakai t-shirt je. tahun ni kena beli uniform.
seluar pulak dah ketat dan sendat. zip pun tak boleh katup.
kena beli baru...

erin pulak nak beli t-shirt, pbsm.
tahun lepas dah beli sepasang uniform, mujur boleh pakai lagi.
semua sekali rm200 lebih jugak la kopak.
itu pun sebab beli kat satu kedai yg femes kat pekan lama nilai.
kedai tu memang specialised jual  baju sekolah dan segala uniform, baju pengawas ke apa benda berkait dengan sekolah..
murah sikit sebab harga borong dan kedai tu biasanya bagi diskaun.

nasib baik jugak hari tu ada duit bantuan sekolah 1 Malaysia.
tapi habis kat situ aje la

selang seminggu lepas tu, erol merengek nak beli raket tenis.
katanya nak masuk sukan badminton, dah ramai sangat. penuh.
ni sebab satu murid satu sukan la.
katanya kengkawan lain semua dah beli (wp aku tahu tu cuma alasan je).
mencari raket tenis bukan mudah kat nilai ni.
di mydin, giant atau Tesco memang tak jual.
kedai biasa-biasa pun tak jual.
aku try nak beli kat mizzi sport pun takde.
mujur ada satu kedai baru, sport station ada jual.
raket tenis ni takde yg murah. kalau raket badminton yg rm6.90 pun ada.
ya, tak ya sebab tak de pilihan, beli lah jugak.
beli yg paling murah, itupun RM100 lebih gak harganya.
mujur ada harga promosi.
nak pujuk hati. tak apalah, mana tahu nanti erol boleh jadi star macam rafael nadal atau roger federer ke....


tak lama lepas tu, erin tunjuk satu surat.
yg ni sekolah agama pulak.
setiap murid kena beli t-shirt.
aku pun tak ingat untuk tujuan apa.
harganya tak ikut saiz, sehelai rm25.
kena start pakai bulan februari.

minggu lepas erol pulak bagitau.
nak kena beli t-shirt untuk rumah sukan.
t-shirt untuk pendidikan jasmani dah beli hari tu.
yang ni pun duit jugak.

******

malam tadi, ada sikit menyirap la.
bila eril hulur satu surat dari sekolah.
ooohhh, tidak.
ini tak lain kena beli entah apa benda lagi la ni.

tapi sebenarnya eril nak buar surprise...!
bila baca surat tu, hati rasa sejuk.
surat jemputan sekolah untuk ibu bapa.
eril dapat anugerah cemerlang untuk majlis sabtu ni.

lega sekali gus gembira...!

bila fikir balik. macam mana lah agaknya ibu bapa yg kurang mampu.
nak memenuhi segala keperluan sekolah dan permintaan anak?
aku yang bergaji tetap ni pun mengeluh panjang dan semput....


Lan, kawan lama dari selandar

Feb 10, 2014


aku kenal Lan sejak di U dulu.
dia dah jadi bekerja masa masuk U. dah kahwin dan punya anak dah.
dulu-dulu kami gelar group ni sebagai mahasitua.
mereka ni grup yg dah bekerja kemudian baru sambung belajar untuk dapat degree.
untuk majukan kerjaya mereka.

kami yg fresh ni memang jaki sikit dengan diorang ni.
pertama, sebab diorang dapat gaji penuh. walaupun cuti bekerja.
kedua, diorang boleh 'lompat tahun' masuk 2nd year atau final year terus.
lecturer yg muda-muda pun segan sikit dengan diorang ni.
kalu assignment hantar lewat, ada je alasan diorang.
anak demam la, mentua naik haji la, bini bersalin la, suami out station la.
kalau kuliah petang jumaat atau pagi isnin.
selalu je group ni ponteng. maklumlah balik kampung bagi nafkah anak bini atau suami.
beza umur kita orang dengan mereka dalam 15 tahun lebih kurang.

zaman sekarang ni dah tak heran.
ramai yg kerja dulu baru sambung belajar.
ramai yg dah beranak pinak sambung belajar balik.

dalam group 'mahasitua' yg lebih kurang 8 orang tu.
aku paling rapat dengan Lan.
sebab Lan ni berjiwa muda sikit, gila-gila dan boleh join group kita orang.
yg lebih utama, Lan ni speaking negori dengan aku.
walaupun dia orang melaka, tapi wife dia orang kuala pilah.
waktu tu dalam course aku tak ramai budak negori.
7 yang lain tu tak berapa nak ngam.
sebab diorang berjiwa famili, dan skema sikit.

lepas grad pun, aku dan Lan tak lost contact.
masih berhubung walaupun jarang berjumpa.
dia ada datang masa majlis kahwin aku.
dan datang open house raya rumah aku.
cuma aku je yg tak pernah sampai rumah dia di Melaka.
kalau dia ada kursus di KL, kami akan jumpa la.
belanja dia makan-makan, pusing-pusing KL, borak-borak.
selebihnya kita orang berhubung dgn sms atau fb aje la.

sabtu lepas selepas bertahun tak jumpa.
aku ke majlis kenduri kahwin anaknya yg sulung.
aku nak tunaikan hajat kengkawan yg buat majlis kenduri ni.
menggelabah jugak aku nak cari jalan ke tempat majlis tu.
tempatnya di selandar. dalam daerah jasin, Melaka.

ramai betul tetamu yg datang.
aku tahu Lan terkilan tak dapat layan aku dengan sebaik-baiknya.
maklumlah, bapak pengantin dan tuan rumah.
sibuk dan tak menang tangan nak layan tetamu yg datang.
masa nak balik tu, dia menangis-nangis sambil peluk aku macam tak nak lepas.
katanya, akulah satu-satunya kawan di U dulu yg datang.

kalau ada umur panjang, jumpa lah lagi.




Lan ...dgn gaya sbg bapak pengantin
lepas balik kenduri. alang-alang dah bayar duit tol.
singgahlah ronda-ronda bandar Melaka.
ronda dataran pahlawan, jonker street, bangunan merah, st paul, a famosa, hard rock, taming sari dan sg melaka.
akhir sekali, singgah makan-makan ikan bakar kat sg duyung.
sebab sg baru, serkam dan umbai dah kerap pergi..
kali ni try tempat lain plak.







merono merene di jpo . . .

Feb 6, 2014

kena habiskan entri yg ni...sebelum start yg lain.

merono merene ni kawan aku yg ajar.
loghat jawa yg maksudnya kalau tak silap -  'ke sana ke mari...'

sebelum meneruskan perjalanan balik dari JB, singgah ke johor premium outlets.
atas permintaan kaum ibu...nak lepaskan hajat hehehe
menolong menunaikan hajat orang dapat pahala kan.



ramai nya orang.
heran jugak la, ramai yg kata  kos hidup tinggi dan harga barang naik.
tapi kat sini sesak jugak, parking pun payah dapat, berbeg-beg orang angkut dari kedai.
lagipun ada Chinese new year sales...diskaun gila-gila.
nak kata orang luar atau orang singapore pun tak jugak.
mereka cakap loghat ganu, klate, penang dan negori....
takkan la dari jauh semata-mata datang cuci mata je, sekurang-kurangnya tangkap juga sepasang dua kan...

pics ni diambil sepenuhnya (kecuali sekeping....boleh agak la kan yg mana) oleh eril dan erol yg kebosanan menunggu mamanya buat ziarah dari satu kedai ke satu kedai.
satu pun tak tinggal hahahaha......





2 org budak yg keboringan...


wifey belikan aku yg ini...bodek la tu!

terlajak ke JB . . .

Feb 5, 2014


aku ada beberapa kawan yang asalnya batu pahat atau tinggal di batu pahat.
semasa nak turun ke bp hari tu, sajalah aku try sms diorang.
lama dah tak jumpa.
manalah tahu boleh sempat jumpa sekejap melepas rindu di kalbu...ceewaahh

yg seorang tu memang mengajar di sebuah sekolah di bp.
tapi cuti hari tu dia ke Melaka, ziarah sedara, katanya.
seorang lagi, menghadiri majlis di segamat pada tarikh yg sama.
manakala seorang lagi, kampungnya di bp tapi dia bekerja di kota tinggi.
katanya, akan balik ke bp pada tarikh tersebut. boleh la jumpa
apa-apahal dia akan hantar mesej.

tapi sampai ke sudah kita orang tak jumpa.
katanya 'tersangkut' di keluang dalam perjalanan dari kota tinggi ke bp.
tak mengapalah, takde rezeki nak jumpa....lain kali dan lain masa.


********

semasa rombongan atau konvoi pengantin hari tu kita orang turun sama-sama.
walaupun dari berlainan tempat. ada yg dari KL, kuantan, rompin, nilai, melaka, shah alam dan tg malim.
berkumpul di RnR ayer keroh.
tapi bila balik, masing-masing ikut hala sendiri-sendiri, ikut perancangan masing-masing.
ada yg cuti bersambung, ada yg dah nak kena balik kerja, hantar anak ke asrama dan macam-macam rencana lain.

kita orang pun takde pelan apa-apa.
macam biasalah, wifey memang berpandangan jauh.
kalau kami buat perjalanan jauh, dia dah sedia dengan 'bekalan' pakaian lebih.
siap-siap dalam but kereta. manalah tahu kalau ada pelan mengejut.

alang-alang dah sampai Johor, cuti pun ada lagi, apa kata kita lajak terus ke JB.
nak ke legoland, dah pergi tahun lepas.
tempoh masanya dekat sangat, kalau nak pergi lagi.
tak pelah, kita menginap je di JB. itupun kalau ada tempahan online yg kosong.
nak redah aje silap-silap nanti tidur kaki lima...
surf punya surf, mujur ada bilik hotel yg masih boleh ditempah.
biasanya masa cuti begini terutama CNY jarang benar dapat booking last minute.

tak jauh pun dari bp dalam 120 km je.
lepas ronda-ronda dan cuci mata di jb city square barulah kita orang check in hotel.
kemudian sebelah malamnya lepak dan main games di danga bay.
huh...ramainya umat manusia kat situ. sesak.

sebelum balik tidur di hotel, singgah dulu makan-makan supper di tasik merdeka.
tempat makan open air.
yg speselnya kat sini 'steamboat bajet' dan char keuy tiaw.






gong xi kahwin

Feb 4, 2014


cuti lagi....
cuti gong xi fa cai ditambah pulak cuti hari wilayah. sambung jadi 4 hari.
masih tak berapa nak sihat.
memang cadang nak ke batu pahat hari sabtu ada kenduri kahwin.
sehingga hari jumaat masih 50-50.

pergi jugak la akhirnya.
tak sedap pulak, majlis kahwin anak sedara  tak ikut sama.
tak tahu celah mana, setakat batu pahat ok lagi.
ikut konvoi pengantin aje la.
rupa-rupanya rumah kenduri/pengantin area kawasan elit di tmn seri kenangan.