dalam kita terlupa, masih ada mereka yang ingat . . .
Apr 24, 2014
kira-kira jam 10.00 pagi semalam aku terima sms ni:
"tgh mkn di kantin. entah knp tiba2 terigt kwn lama . . . . . .
masa school dulu sama2 mkn di kantin waktu rht.
moga sihat walafiat n dlm perlindungan Allah sentiasa hendaknya"
terus aku terkedu.
terharu dan rasa sebak pun ada.
begitu dia mengingati aku.
sedangkan aku sedap je makan minum tanpa ingat sesiapa.
apatah lagi dia.
terutama kalau makanan tu sedap di tekak....adeh!
kawan lama tu, kawan sekolah.
sejak habis sekolah, kami bawak haluan masing-masing.
kami tak pernah jumpa pun, sampailah sekarang.
dipertemukan seorang kawan lama yg memberikan kami no telefon.
dari situlah kami berhubung.
itupun jarang sangat lah berbual.
kengkadang tu adalah bersms bertanya khabar.
itu saja.
dia sekarang di Johor.
kahwin dengan orang sana, dan menetap di sana.
sms yg aku terima tu, menyedarkan aku betapa besarnya nilai seorang kawan.
biar bertahun pun berlalu, kenangan bersama tetap kekal di ingatan.
bukan aku tak pernah pergi ke Johor.
tahun ini saja sudah 3 kali ke sana.
lain kali, aku akan cuba rancang. kalau aku ke sana lagi.
aku akan berusaha untuk mencari dan berjumpanya.
terima kasih kawan, kerana masih mengingati aku.
dan mendoakan kesejahteraan aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 refleksi:
ok, kesimpulannya, kewujudan kita disedari oleh orang lain. makanya, next time ke Johor, sila singgah rumah kawan tuh takpon ajak kawan tuh lepak kedai kopi, nampak benor rindunyer tuh.
kdg2 sesuatu perkara yang kecil
mengingatkan kita pd seseorang yg penah hadir dlm hidup kita
ya, aku selalu pegang kata-kata ni.
'kawan adalah ibarat bintang di langit, ada ketika kita tak nampak mereka, tapi sebenarnya mereka sentiasa ada'
Post a Comment