lebih baik nyalakan lilin, daripada marahkan kegelapan

Apr 22, 2014


ofis aku takde air, kena catu.
hah...ofis pun kena catu jugak....!
ni baru sejak seminggu ni.
on, off, selang sehari.
sebelum ni takde pun. ok je.

rupa-rupanya kawasan perumahan yg dicatu, masih bernasib baik.
sebab ada lori tangki hantar air.
kalau ofis?
kau pepandai lagi nak gali perigi ke, nak declare half day ke, atau pergi cari air kat kolah masjid.

ofis kita orang masih lagi bernasib baik....(syukur, negara kita masih aman...)
sebab ada satu blok bersebelahan (yang kosong), sebab ofis dan stafnya baru pindah ke blok baru.
jadi di situlah kami membuang apa yg patut...hehehe

petang semalam, tersangkut kena banjir kilat dekat dengan simpang ke serdang.
air melimpah ruah ke jalan raya.
hujan hampir setiap petang di KL/selangor ni.
air masih kena catu...ironi bukan?

tapi bak kata omputeh...

'Better to light a candle than to curse darkness'

(lebih kurang 'lebih baik nyalakan lilin daripada menyumpah kegelapan')

maksudnya macam ni la.
buat apa nak marahkan blackout atau keadaan gelap, lebih baik kita cari lilin dan nyalakan untuk cerahkan suasana, ada jugak faedahnya.
dengan syarat kau dah prepare beli stok lilin.
kalau takde stok, memang patut sumpah diri sendiri la kan...hahaha

kalau dah tahu air takde, berjimat lah.
beli lah tong besor.
tapi dalam kes ofis takde air, kurangkan minum air, atau bawak bekal air dari rumah.
manalah tahu ada kes emergency nak membuang...

samalah maksudnya, dah tahu jalan jem.
keluar awal la. kalau boleh selepas subuh.
atau tinggallah dekat dengan ofis atau tidur aje kat ofis tu, dan balik  rumah pada hujung minggu je.
daripada nak menyumpah atau marahkan highway yang sudah lah jem kena bayar tol pulak.
(ini merujuk kepada kakak yg marahkan jurutol dalam video yg tersebar  tu....hehehe)

mungkin ini juga boleh diguna pakai untuk seorang kawan aku yg selalu merungut banyak kerja.
kerja yg tak pernah habis.

'lebih baik cari kerja lain, daripada marah-marah (dan mulut moncong) pasal kerja banyak..."
boleh pakai tak?


5 refleksi:

zana-norzana said...

tersangkut ker semalam? Hari ni pun hujan..... Nilai tengah lebat sekarang ni....

bangsawan nilai said...


yep kalau hujan selalunya sangkut kat bangsar, jln tun razak atau sg besi. tapi semalam di simpang serdang...

Miss Brenito said...

yup, totally agreed... naseb putrajaya tak catu, buat masa ni nak membuang ke hapa berhajat dalam hati supaya membuang di opis. btw, rumah sy yang kecik tuh dah macam opis syabas dah, penuh tong air.. kikikiki

Miss Brenito said...

yup, totally agreed... naseb putrajaya tak catu, buat masa ni nak membuang ke hapa berhajat dalam hati supaya membuang di opis. btw, rumah sy yang kecik tuh dah macam opis syabas dah, penuh tong air.. kikikiki

bangsawan nilai said...


miss brenito,

aduhai...kalau beli tong besor dah habis musim catu, nak letak mana plak kan?
mungkin kena try guna tong tu utk ternak ikan keli atau lintah boleh agaknya...hehehe