salahkah aku kahwin lagi?

Apr 3, 2014


hujung tahun lepas dia kehilangan isterinya.
isterinya pergi tiba-tiba meninggalkan dia dan 4 anaknya.
yang sulung di tingkatan 1, yang kecil sekali di tahun 1.

hidup perlu diteruskan, terutama demi anak-anak.
serta amanah isteri yang ditinggalkan.
mana nak fikir pasal kerja.
nak uruskan makan pakai anak.
urusan sekolah, urusan pengasuh, hal rumah.
dulu punca pendapatan berdua, kini seorang.
bajet berterabur.
segala urusan tunggang -langgang.

itu pada awalnya.
lama-kelamaan, sedikit demi sedikit.
dapatlah dikendalikan dengan lebih baik.
walaupun tak sesempurna seperti sebelumnya.
itu khabar terakhir yg aku dengar daripada kawan ku itu.

kawan aku yg satu ini.
kejap timbul, kejap tenggelam.
hari ahad lepas, kami berjumpa semula.
itupun secara kebetulan, pada majlis kahwin anak kawan kompeni lama kami.

*****

tup tup....!
aku diberitahu, yang dia nak kahwin semula.
dengan seorang gadis.
namun, tak direstui oleh mak mentua (bekas?) dan ipar-iparnya (bekas?).

"pada mereka, aku terlalu cepat dan terburu buru nak kahwin semula.
mereka bimbang, anak-anak aku tak serasi dengan 'mak baru' yg masih muda.
bagi mereka, macam aku ni seolah-olah cepat sangat melupakan arwah isteri aku dulu.
tak sampai 6 bulan pun...kubur masih merah lagi.
lebih merungsingkan aku, mereka cuba pengaruh anak-anak aku.
sampaikan anak-anak aku merajuk dan tunjuk perasaan.
mereka tak faham, apa yg aku lalui....
susahnya aku menanggung seorang diri.
ada yang curiga, adakah perempuan itu baru dikenal ataupun sudah ada perancangan awal?
argh...itu fikiran yg nakal!
tidak sama sekali. aku memang kenal dia.
tapi kami jadi rapat selepas isteri aku meninggal..."

panjang lebar ceritanya.
kalau aku dalam kedudukan dia pun, tentu dilema juga.

bagi aku ada benarnya, kebimbangan mak mentua dan ipar-iparnya tu
mungkin dia terlalu 'cepat' mendapat pengganti.
tambah pula nak bernikah dengan perempuan yang lebih muda.
aku faham kerisauan itu, terutama kalau dapat 'anak baru' nanti.
kerap berlaku, anak-anak berasa mereka tersisih dengan adanya 'anggota keluarga baru'.
soal kasih sayang anak sendiri dengan anak tiri.
walaupun tak semua begitu.

tapi soal jodoh, sukar pula menidakkannya.
ada jodoh datang cepat, ada yang lambat, ada yang tak datang langsung...
cuma aku nasihatkannya.
ambillah masa lebih panjang. fikir masak-masak.
ini bukan soal diri dia sahaja, tapi yang lebih utama perasaan anak-anak juga.

2 refleksi:

Irfa said...

bg aku tak salah,cuma 6 bulan tu
awal sgt sbb anak2 dan family mrtua pun masih lg dalam kesedihan

moga kawan ko dapat penyelesaian
bak menarik benang dalam tepung

rahimin said...


ishhh terkezut.
ingtkan ko yg nk kawing lagiiii