kawasan orang beriman, air tak kena catu . . .
Apr 7, 2014
tak macam sebulan dulu. panas kering. tambah pulak dengan jerebu.
hujan dah mula turun. asal petang je hujan.
aku tahulah sebab aku kerja di KL.
walaupun hujan tetapi di Selangor dan sebahagian KL.
airnya kena catu.
huh...negeri maju tapi air kena catu.
48 jam ada air, 48 jam takde air.
kena jimatlah. mandi stail p. ramlee.
simpan air atau beli tong besar.
ada kengkawan satu kompeni yg mandi pagi kat ofis.
aku hantar wassap kak anjang. yang tinggal di gombak.
mengusiknya.
2 minggu lepas.
"kalau takde air balik la nilai..."
anehnya, kak anjang jawab.
"setakat ni ok lagi, kawasan orang beriman tak kena kot..."
huh... kemain eksen lagi.
******
'ada kat rumah tak?" mesej kak anjang sabtu lepas.
'tak ke mana. kenapa?' balas ku.
"nak tumpang basuh baju. air takde." sambungnya
belum sempat aku jawab. dia mesej lagi.
'hari tu takbur sangat. kawasan orang beriman konon..." dia mengaku. sebelum aku bahan kan.
'no problem. caj ikut harga ron95 per liter..." aku mengusiknya.
"kalau mcm tu baik aku gali perigi..."balas kak anjang macam merajuk.
"datang la. kami prepare pakej makan sekali..." aku mengumpan.
"yahoo, sekarang jugak kita orang datang...!"
elok juga takde air ni.
boleh mengeratkan lagi silaturahim....!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
taknak cakap lebih-lebih'
aku takde tong besar nak tadah air
itu la pasal. x boleh ckp besar sgt hehe
Post a Comment