zuhud
May 30, 2014
aku solat jumaat hari ni di masjid dalam kampus UM.
aku ni lebih suka solat jumaat merata-rata.
ikut hati je ke masjid mana nak pergi.
sebab nak dengar khutbah yg berbeza-beza.
tadi pergi sorang-sorang je.
kat masjid ni takde orang buka gerai.
takde jual cendol ke, rojak ke, nasi ayam ke, ubat kuat ke...haishhh.
khatibnya pulak biasanya daripada student PhD yang memang dilatih sampaikan khutbah.
kengkadang pensyarah pun ada jugak.
yg paling aku suka, khutbahnya padat dan tak meleret-leret.
masa berjalan nak balik ke kereta tadi.
aku ditegur oleh seseorang.
ya, memang aku kenal.
dulu pernah ada projek dengan kompeni aku.
seorang profesor bidang engineering. pernah jadi dekan fakulti pun.
dia dah berhenti sebagai ahli akademik, katanya.
sekarang ni jadi CEO satu kompeni swasta.
profesor ini memang seorang yg simple dan merendah diri.
oleh sebab panas terik.
dan masing-masing nak kena masuk ofis semula.
kami tak dapat borak panjang.
dia minta nombor telefon aku.
sambil mengeluarkan henfonnya.
alangkah terkejut aku.
percaya atau tidak.
dia guna henfon klasik, nokia 3310...!
dengan selamba je.
insaf....!
kita ni guna henfon model lama sikit dah rasa segan. sorok-sorok. nanti kengkawan ketawakan
anak-anak pun pakai gajet canggih, tab segala bagai.
budak sekolah pun dah ada henfon branded...
dalam arus kemajuan teknologi serba canggih
kegilaan dunia yang taasub akan gajet dan media sosial.
dia seolah-olah ditinggalkan oleh dunia.
sebenarnya tidak...!
dia bukan calang-calang orang.
ini bekas profesor universiti,
ceo kompeni kejuruteraan pulak tu...
daun pisang plastik
May 29, 2014
dulu tak boleh tidak.
kalau tapau nasi lemak, memang bungkus daun pisang.
sekarang makin jarang jumpa.
bungkus dengan surat khabar atau terus masuk dlm bekas polisterin.
aku dulu kalau boleh nak cari juga gerai nasi lemak yg bungkus dengan daun pisang.
kalau kedai makan india/mamak pun.
kita biasa makan berpinggankan banana leaf.
terutama kalau pergi curry house.
memang ada lagi yg masih mempertahankan tradisi penggunaan daun pisang.
daun pisang payah nak cari sekarang ni.
atau mungkin harganya dah makin mahal.
terutama kat kawasan bandar.
aku rasa ada yang pernah dah jumpa pinggan berbentuk daun pisang....hehehe
sekarang ni ada pilihan lain.
alas plastik yg menyerupai daun pisang.
currry house sekitar petaling jaya dan KL dah mula pakai dah.
nampak gaya, kedai makan banana leaf makin tercabar la.
ataupun mereka boleh ikut trend baru...;)
bukan ori, yg ni daun pisang plastik... |
recce klia2
May 26, 2014
ini tak boleh jadi.
terbakar dan tercabar jugak la.
orang duk jauh pun dah sampai klia2.
kita orang yg duduk sejengkal kat nilai ni pun tak sampai lagi.
15-20 minit pemanduan je pun.
makanya, petang sabtu hari tu digagahkan jua ke sana.
waaa, besar dan moden.
gaya santai dan minimalis....macam home deco lak ha ha ha
parking pun takde hal, boleh pilih tang mana, bertingkek-tingkek.
betul la orang kata, guna konsep shopping complex.
kedai makan pun banyak pilihan.
kita orang pun ronda dari hujung ke hujung.
dari tingkat ke tingkat.
kalau nak naik flight nanti senang.....(konon la)
ala-ala shopping mall |
stewardess sesat... |
gate perlepasan antarabangsa |
gate perlepasan dlm negeri |
anjung tinjau...belakang tu kapal terbang landing & parking |
antara yg tertinggi di dunia |
ada banyak lagi pics.
tapi kira eksklusif la kan hehehehe
sebenarnya tentu lebih teruja kalau tengok sendiri
kalau dah ada niat tu, datang la ke sini.
menang dalam kalah
lebih 5 jam yang penuh debar.
akhirnya, semua orang dah tau.
kesudahan yg anti-klimaks.
ruang tamu rumah kita org dah jadi macam stadium.
tambah pulak berita tersebar yg mengatakan esoknya cuti kalau menang..
jadi macam kira jari....
cuti, tak cuti, tak cuti, cuti, akhirnya tak cuti
syabas Malaysia, tahniah Jepun!
tak sia-sia aku pakai kereta jepun...eh, apehal lak?
bukalah spek hitam mu itu . . .!
May 22, 2014
dulu-dulu selalu gak terima jawapan cenggini.
bila kita buat inkuri, cadangan atau aduan.
"pihak kami akan kaji..."
"pihak kami akan siasat..."
3 bulan kemudian bila kita buat follow up.
mereka akan jawab.
"masih lagi dalam kajian..."
"pihak kami masih menyiasat..."
makna yg sebenarnya, mereka tak buat apa-apa pun.
.
elok juga ada audit atau audit ISO sekarang ni.
banyak kompeni yg dah guna pakai.
tak boleh dah ada jawapan cenggitu.
kena ada tempoh tertentu.
tak boleh jawab sedang kaji, sedang siasat.
kena bagi jawapan, misalnya "dalam tempoh 7 hari kami kan maklumkan pada tuan/puan..."
malah dah ada borang kepuasan (maklum balas) pelanggan pada setiap servis yg kita tawarkan.
sebenarnya, masih banyak yg di takuk lama lagi.
sekarang ni bising dalam surat khabar, tv dan media pasal tindakan nak saman kenderaan bercermin gelap. maksudnya yg tintedkan cermin kereta la macam kereta vvip.
biasalah ramai bagi alasan dan mengadu tujuannya untuk elak panas la, untuk keselamatan lah, takut cair kena panas la, penyakit kulit la.
bila tang hal ni jpj takde pulak jawab, 'kami akan siasat' atau 'kami akan kaji'.
terus je ambil tindakan.
sebab kata mereka memang dah termaktub dalam peraturan dan undang-undang.
setahu aku sepanjang projek pembinaan KLIA2 beberapa tahun kebelakangan, kemain berleluasa lori dan kenderaan berat ikut short cut jalan kampung dan kawasan perumahan sekitar nilai dan salak.
ramai yg buat aduan.
selepas projek KLIA2 siap malah dah beroperasi pun sekarang ni.
kejadian lori dan kenderaan berat guna laluan jalan kampung dan jalan kawasan perumahan masih berleluasa.
sehinggalah kini.
oleh sebab takde sebarang tindakan, mereka dah sampai ke tahap samseng jalanan.
tak kira masa, pagi petang siang malam.
pic hiasan |
kenderaan berat angkut lebih muatan, kotor, keluarkan asap hitam, memandu melebihi had laju, memandu secara berbahaya...
mereka lebih berbahaya dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain berbanding kereta bercermin gelap...
tindakan ke atas mereka lah yg patut diberi perhatian dan keutamaan.
adakah jpj masih 'mengkaji' atau 'menyiasat' sebelum membuat tindakan?
sudah terang lagu bersuluh.
kan dah ada peraturan dan undang-undang, kenapa tak bertindak segera.
bertindaklah segera menyaman seperti mana tindakan ke atas kenderaan yg guna cermin gelap!
turunlah ke area nilai ni.
bukalah spek hitam yang dipakai tu.
bertindak lah!
"adaa worang sudaa bayiar la . . ."
May 20, 2014
pagi ni, breakfast kat satu kedai mamak.
jauh sikit dari ofis.
sebab nak ke bank, guna cdm.
lepas makan, roti telur dan teh tarik, aku pun nak bayar.
kasyier tu cakap.
"ada worang sudaa bayar la boss..."
aku pun pusing, dan perati keliling restoran tu.
takde sesiapa pun yg aku kenal.
atau sesiapa yg angkat tangan ke ape ke.
"dia sudah pirgi..." kata mamak kasyier tu.
isy... kalau aku tau, ada orang bayar tadi, baik aku tapau nasi lemak ayam, bubuh sambal sotong sekali, hehehehe.
sebenarnya, dulu-dulu selalu gak cenggini.
bila nak bayar di kaunter, dibagitau ada yang dah bayarkan.
tapi sejak harga barang naik ni, rasanya dah makin jarang dah berlaku.
masing-masing makan sendiri, bayar sendiri la kan.
cuma agak musykil jugak.
siapa yg bayar ek?
atau mungkin jugak yg tolong bayar tu, tersalah orang...wakakaka
sebab kalau area tempat makan dekat dengan ofis.
atau dekat area rumah aku, mungkin, ada ramai yg kenal.
tak lah menghairankan sangat...
eh! aku ni tetamu je . . .
May 19, 2014
petang semalam hadir ke majlis anugerah ni.
waze yg diguna pulak meragam.
mujur redah punya redah, sampai jugak akhirnya.
tak berapa nak faham konsep atau tema majlis ni.
ada persembahan tarian zapin daripada student U.
persembahan video klip dan permainan caklempong
akhirnya, jamuan makan yg kena beratur panjang macam keretapi.
tak mengapalah.
kita ni cuma tetamu yg dijemput.
kalau ada yg tak berkenan di hati tu, simpan ajelah.
ataupun tulis dalam blog....ha ha ha
sebiji telur dikongsi 10 beradik
May 15, 2014
ahad lepas kami berkumpul lagi adik-beradik.
alhamdulillah majlis bacaan yasin dan tahlil masih berterusan.
untuk kali ke-4 tahun ni.
cuma family usu dan andak tak dapat turut sama.
macam biasa, masing-masing dengan pot luck.
memang tak termakan sudahnya.
tak mengapa, boleh tapau. tak membazir pun.
lepas makan, semua tersandar kekenyangan..
sesi borak secara berjemaah pun berlangsung...
kak lang pulak gorengkan cucur pisang dan cucur ikan bilis+kucai.
dihidangkan pulak dengan teh tarik.
kenyang makan tengah hari tadi pun belum surut lagi...
sesi sembang teh tarik pun makin rancak lah.
bila kak anjang bukak cerita yg anaknya akan daftar masuk ke upsi, tg malim.
abang ngah pun bukak cerita masa kami sekeluarga duduk di kalumpang dulu.
sebuah pekan kecil dikelilingi kampung tradisi. di ulu Selangor.
tak jauh pun dari tg malim tu.
"angah dulu kayuh beskal yo poei tg malim tu..."
maka segala macam ceritalah timbul dari yg lain-lain pasal kenangan di kalumpang tu.
aku tak berapa nak ingat. masa tu masih kecik benar lagi.
cerita arwah abah bina reban ayam itik tepi lombong.
petang-petang kami adik beradik halau itik ke lombong utk berenang.
cerita abang ngah, abang long dan abang acik pasang tajul (perangkap) untuk tangkap ikan.
ikan yg dapat tu bukan untuk dimakan.
tapi dijual untuk beli setem.
sebab abang ngah nak guna setem untuk pos surat mintak kerja.
betapa susah hidup waktu tu gamaknya.
nak beli setem tak berapa sen pun bersusah payah kail ikan dan jual.
iyalah, adik beradik ramai.
arwah mak hanya suri rumah, arwah abah pula sekadar konstabel polis.
cerita kak lang dan kak teh ambik upah mendulang bijih timah kat lombong taukeh cina.
cerita kami adik-beradik kongsi satu quran untuk belajar mengaji.
sebab tak mampu nak belikan satu sorang.
takde seorang pun antara kami pernah jejak ke sekolah tadika.
terus je darjah satu.
betapa garangnya arwah abah, dengan berdehem saja kami semua terdiam.
tapi arwah abah tak pernah merotan apa lagi pukul kami.
dan setiap kali raya, pasti akan ada baju baru untuk kami.
tak pernah tidak. walau sesulit mana pun.
tak tahu dari mana datangnya duit arwah abah membelinya.
setiap musim baru sekolah buka pasti ada semua kelengkapan untuk ke sekolah.
tak payah meminta-minta.
besarnya, pengorbanan mak dan abah.
semua itu dikongsikan dengan hilai tawa. dianggap sebagai bahan lawak.
betullah kata orang, walau pahit dirasakan waktu itu, tetapi manis kenangannya.
tapi ada satu peristiwa yg diceritakan oleh kak anjang, yg menyentuh hati kami semua.
"bila arwah mak bawak balik telur dari majlis kenduri kahwin . dia akan potong sebiji telur tu kepada 10 bahagian. biarlah sikit asal semua orang merasainya...."
itu membuat kami semua terdiam terus.
tiada seorang pun yg berseloroh tentangnya.
suasana yg riang dengan gelak ketawa tadi, bertukar hening....
insaf sungguh akan kesusahan kami dulu...!
menggambarkan juga betapa kasih dan adilnya seorang emak kepada anak-anaknya. walau sebiji telur pun dikongsikannya.
sama rata, sama rasa.
aku pandang satu demi satu wajah abang dan kakak ku.
ada keperitan dan genangan air pada mata mereka.
the best briyani in town, katanya
May 14, 2014
"kau nak lauk kambing ke ayam madu?"
"eh! ada orang nak sponsor, lunch ke" tanya aku lurus.
'ni the best briyani in town la. kau pilih aje. makan free hari ni..." balasnya riang gumbira.
sama ada betul-betul the best briyani in town tu aku tak pasti.
sebab ada banyak lagi kedai yg mengaku the best briyani in town.
tapi kalau area bangsar ni, mungkin benarlah, restoran mahbub.
aku iyakan ajelah.
asalkan ada orang sponsor, ya tak?
memang sedap...apatah lagi free....bertambah la sedapnya he he he
ini cucu yang ke berapa yek?
May 12, 2014
sabtu hari tu, ke taman tun dr ismail, shah alam.
menziarah cucu yang baru lahir.
ha ha ha ha.
aku ada 10 adik beradik.
wifey pulak ada 12 adik-beradik.
memang cucu sendiri takde. eleh...anak pun kecik lagi der.
tapi cucu sedara ramai.
cucu sedara yg diziarah ni pun entah yg ke berapa. lost count...hehehe
selamat datang ke dunia ini.
selamat datang ke keluarga BESAR kita.
mungkin atuk lupa ini cucu yg ke berapa.
harap cu, tak lupa atuk dan nenek ni ya....;)
oleh sebab sepanjang kita orang ke rumahnya tu.
dia asyik tidur sampai ke sudah.
orang tua kata, tak elok ambik gambar sedang tidur.
jadi sampai ke sudah jugaklah tak dapat ambik gambar cucu terbaru ni....
memang dia rival, tapi dia juga kawan aku . . .
May 9, 2014
ajib bekerja dengan sebuah kompeni di shah alam.
kalau nak ikutkan, kompeni kami adalah rival.
sebab bisnes alam bidang yg sama.
itu kalau kita tengok selapis.
kalau kita tengok lapis yg lain.
sebenarnya, lebih banyak manfaat kalau bekerjasama.
boleh berkongsi idea, kepakaran dan pengalaman.
buktinya, biarlah kompeni kami sahaja rival, tapi kami bukanlah rival sebaliknya berkawan.
kami jadi rapat sejak 3-4 tahun kebelakangan.
sebab utamanya, kami selalu jumpa dalam mesyuarat, seminar dan aktiviti lain atau function lain yg kami mewakili kompeni masing-masing.
kami sama-sama membina kerjaya.
dalam masa sama, membina keluarga.
beberapa tahun lepas, ajib bercadang nak beli rumah.
dah lama sangat menyewa, katanya.
dia tercari-cari, rumah yang sesuai.
sesuai dari segi kemampuan, jarak ke tempat kerja, dan keselesaan tempat tinggal.
survey, punya survey. recce punya recce.
akhirnya dia buat keputusan, nak beli rumah di salak tinggi.
agak jauh juga jaraknya dari shah alam.
tapi aku percaya, dia ada perkiraan sendiri.
dia pernah bertanyakan pendapat aku.
aku katakan padanya, bergantung pada perkiraan masing-masing.
kadang-kadang kita ikut naluri, walaupun agak janggal di mata orang lain.
lagipun aku bagitau ajib, aku sendiri sudah 10 tahun berulang alik dari nilai ke KL.
bezanya, nilai, memanglah kampung halaman aku.
dan aku ambil kira yg biarlah kau berkorban asalkan tempat wifey bekerja lebih dekat.
awal tahun ni, rumahnya siap.
ajib begitu teruja. dah ada rumah sendiri. rumah idaman.
untuk memulakan hidup baru bersama familinya.
aku antara orang terawal yg tahu bila dia dapat kunci rumah.
maka, berulang aliklah dia setiap hari.
seperti jugak aku, pergi kerja selepas subuh, pulang kerja waktu dah maghrib.
dia ada mengadu pada aku masih lagi tengah buat adjustment.
terutama kos petrol kereta dan tol.
kalau rasa terbeban sangat, mungkin dia akan cuba cari kerja lain.
sekitar salak, sepang, nilai, bangi. maknanya lebih dekat.
itupun kalau....
minggu lepas, kami ada berjumpa di suatu mesyuarat.
tak dapat borak lama, sebab masing-masing mengiringi boss.
tapi dia nampak ceria dan peramah macam selalu.
*******
petang semalam, ajib telefon aku.
nada suaranya agak suram, tak macam selalu.
"18 hari bulan ni, last day aku kat kompeni shah alam tu..."
fuh... terkejut juga.
itu kejutan pertama. berita yang disampaikan lepas tu lebih mengejutkan lagi.
"aku kena transfer ke perak. arahan kompeni. apa boleh buat...." katanya dengan nada mengeluh.
oleh sebab masa tu aku tengah memandu.
tak dapat nak berbual panjang.
tapi dia janji nak jumpa aku sebelum dia pindah ke sana.
bertukar satu hal.
tapi apa jadinya dengan perancangan ajib.
apa jadi dengan rumah yg baru dibelinya di salak tinggi tu?
apa pulak perancangan tentang familinya?
tentang sekolah anaknya?
aduhai...aku faham betapa serabutnya fikiran ajib sekarang ni...
kalau aku di tempatnya pun, tentu dalam kedudukan serba tak kena.
sabarlah ajib, pasti ada hikmahnya.
biarlah rezeki terpijak, bukan rezeki dipijak . . .
May 7, 2014
kata orang, rezeki datang dalam banyak bentuk.
kengkadang rezeki datang tanpa disangka.
ibarat rezeki terpijak kata orang.
kadang-kadang dalam bentuk wang ringgit.
atau naik pangkat.
atau menang cabutan bertuah.
mungkin jugak menang peraduan teka jumlah kacang dalam balang kaca ke.,,hehe
sebab itu lah, pagi-pagi kita datang ofis tengok atas meja ada sebungkus nasi lemak atau 3 biji karipap.
kita pun buat 'pengumuman' tanyakan siapa yg murah hati sangat tu.
bukan nak tahu sangat, cuma nak ucap terima kasih.
tapi pada kebanyakan masanya, mereka buat diam saja.
paling tidak pun senyum dan angkat bahu.
ada masa-masanya malas nak keluar lunch.
nak fikir tak berbaloi keluar waktu tengah hari kat KL ni.
dengan jem dan payah nak parking lagi.
malas-malas pun terpaksa jugalah menapak ke kafeteria bila perut berkeroncong.
cumanya, di kafeteria tu menunya macam siaran ulangan program kat astro je.
jadi lunch hour lepak ajelah layan fb atau segala macam.
bukan sebab nak jimat, ikat perut atau diet.
tiba-tiba ada kengkawan ajak makan.
dia pulak yg sanggup jadi drebar.
dah jimat duit minyak dan duit bayar parking.
kerap kalinya bila yang mengajak tu, akan bayarkan sekali.
itulah rezeki terpijak namanya.
bab-bab rezeki ni bukanlah soal makan je.
yg di atas tu cuma contoh mudah untuk difahamkan.
dalam pada itu pulak...
ada benarnya juga rezeki tak semestinya datang bergolek atau terpijak.
kita kena usaha, kerja keras dengan niat yg baik.
barulah beroleh rezeki.
kalau tak, dah nak suap ke mulut pun jatuh juga...
itu namanya takde rezeki atau bukan rezeki kita.
tapi janganlah hendaknya kita pijak rezeki orang.
percayalah...
mereka yg pijak rezeki orang hari ini,
suatu masa nanti, rezekinya pulak akan dipijak orang...
nah! surat, esok datang ya. . .
May 6, 2014
'betul ke cikgu baru bagi surat ni...?" aku tanya eril. macam tak percaya.
"ya, baru bagi hari ni..." jawab eril, beriya-iya.
"tarikh surat ni 9 april, dah dekat sebulan dah..." dakwa mamanya pulak.
"iya la.... lama dah. entah-entah eril yg terlupa nak bagi papa tengok...?" himpit aku lagi.
"betul la dia baru bagi tadi. kalau tak caya ni nombor telefon cikgu. ....sebab cikgu yg cakap macam tu..." eril masih mempertahankan.
di sudut atas surat itu tertera tulisan tangan.
dicatatkan no. henfon dan nama cikgu tu.
********
ini pertikaian kami 3 beranak.
lepas maghrib hari jumaat, malam sabtu lepas.
eril sampaikan pada aku surat rasmi sekolahnya.
ada program kem motivasi anjuran sekolah.
berlangsung sabtu dan ahad. di sebuah 'kem'.
ya, itu bagus. aku sokong.
tapi soalnya, kenapa nak pergi esoknya, baru nak bagi surat minta kebenaran ibu bapa?
kenapa lewat sangat nak dapat pengesahan.
sedangkan surat tu terang-terang tunjuk tarikh 9 april.
pelajar yg nak menyertainya perlu bayar rm60.
itu pun aku tak kesah sangat. fahamlah, memanglah ada kos yg kena tanggung.
pelajar jugak diminta bawa barangan keperluan seperti pakaian, peralatan mandi, selimut, selipar, kasut dan sebagainya.
itu pun boleh disediakan, tak kesah.
pelajar kena berkumpul untuk ke kem tersebut, hari sabtu, jam 7 pagi di sekolah.
itu pun boleh diaturkan, tak kesah.
tapi, agak mencurigakan kenapa suntuk sangat?
dan agak musykil tertera nama 4 guru pengiring tapi tak termasuk pun nama cikgu yg memberikan no. telefon untuk dihubungi tu.
eril yang pada mulanya teruja, kemudian hilang semangat.
iyalah, mungkin dia dah terbayang, naik bas ramai-ramai dengan kawan-kawan.
duduk kem 2 hari dengan macam-macam aktiviti.
"kalau papa tak bagi...tak apa la..." katanya putus harapan.
bukan soal tak nak bagi kebenaran.
kalau soal surat pelepasan ibu bapa pun tak dapat nak urus dengan teratur dan baik...
apakah jaminan dapat diberi kepada ibu bapa akan keselamatan dan kesihatan anaknya selama 2 hari di kem tu nanti?
Subscribe to:
Posts (Atom)