kursus sampai kurus

Nov 28, 2014



bila nak hujung tahun ni.
mulalah berfikir, ke mana nak bercuti..
belen-belen cuti adalah sikit lagi
sementelahan, cuti sekolah ni, kesian anak-anak memerap kat rumah.



tapi hujung tahun ni jugakla, banyak seminar, bengkel, kursus yg dianjurkan
maklumlah masing masing nak penuhkan aktiviti
kompeni kita pun mulalah hantar kita ke sana ke mari
nak staf tambahakan soft skills, katanya...



kita sebagai yang menurut perintah
lagipun nak penuhkan kpi
maka, redho ajelah.



ini antara yang aku kena attend
berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
kalau dari nilai
ikut jalan belakang melalui dengkil dengkil ... tak jauh mana pun.


tempatnya besar.
cantik ada kelas.
menu makanannya pun lumayan...hehe
tapi tak sempat ambik banyak pic.
kamera henfon meragam.












biarlah aku jadi orang biasa-biasa saja

Nov 25, 2014


hujan lebat.
aku pulak dah lambat.
patutnya aku terus je ke hotel tempat majlis tu berlangsung.
sembahyang je kat surau hotel tu.

tapi manalah aku tahu nak hujan lebat kan.
aku singgah solat maghrib di masjid shah alam dulu.
hujan lebat bebenor, sampai nak berlari ke parking kereta pun basah kuyup.

sampai di foyer hotel aku bagitau yg jaga valet parking.
boleh tak nak parking situ je, tak payah turun ke basement parking.
sebab dah lambat, lagipun hujan lebat, dengan guruh berdentum.
mungkin sebab aku pakai kemas, siap dengan blazer dan kasut yg kilat.
ditambah pulak rambut yg basah sebab kena hujan.
dia tak banyak soal..
dialihkannya kon, suruh aku letak kereta dekat situ.
huh...ada kes pilih kasih jugak ya.

aku mewakili boss untuk ke majlis tu.
agak kekok jugak duduk di meja tetamu khas.
semeja dengan VIP.
nak bercakap pun kena ada protokol.
apalagi masa tengah makan.

ni yang aku maleh ni...
rasa nak tambah lagi.
sebab menunya sedap-sedap belaka.
kena kontrol la, baru nak tambah lagi.
orang lain dah stop....hihihi

aku sempat menjeling ke meja tetamu di belakang.
uh...menunya tak sama.
...ada kes pilih kasih jugak la.

nak ambik gambar majlis yg berlangsung tu pun rasa segan
apatah lagi nak ambik gambar selfie....hu hu
tambah pula kena tunggu majlis sampai selesai.
tak boleh cilok balik sebelum majlis tamat.
rasa kebas punggung aku, duduk berjam-jam.

jadi,
biarla aku jadi orang biasa-biasa saja.

apa punya kalut daaa. . .

Nov 21, 2014


ada urusan sekolah anak.
disebabkan diorang bersekolah petang.
terpaksalah ambik cuti half day.
gila la nak ambik time off.
KL dengan nilai bukannya dekat.

walaupun ambik half day.
tapi cuma dapat keluar ofis jam 2 lebih.
biasalah, time kita ada hal, adalah jugak kerja yang urgent kena disetelkan.

sampai di sekolah dah dekat 3.30
sampai di gate, pak guard tanya, 'nak gi mana.'
ada urusan kat pejabat, aku bagitau.

semasa melangkah dari gate menuju ke pejabat sekolah.
aku ada rasa lain macam sikit.
tak tau pulak, apa yg lain macamnya.
pada masa sama jugak loceng berbunyi.
dah masuk waktu rehat

budak-budak tetaplah budak-budak.
berlari turun tangga.
ada yg ke kantin.
ada yg ke tanah lapang, nak main.
berselisih dengan aku. nyaris dilanggarnya.

aku rasa ada yg tak kena pulak.
kenapa budak-budak ni nampak kecik-kecik aje.
sampai je depan pintu masuk pejabat sekolah.
ada papan tanda bertulis...

"SEKOLAH KEBANGSAAN. . . . . . ."

laaaa...
aku dah buat silap besar la.
aku nak berurusan di sekolah menengah.
urusan sekolah erol.
erol dah tingkatan satu la, bukan sekolah rendah lagi

lagipun jarak di antara sekolah menengah  dengan sekolah rendah bersebelahan aje.
dipisahkan oleh pagar dan padang je.
itu yg buat aku tersasul dan terlajak masuk tu.
aishhh....!

*******

semasa melangkah keluar.
pak guard pulak mengada-ngada buat mulut manis....hehehe

'eh...kejap je incik?'

'ya...kejap je..." dan aku pun melangkah lajuuuuu


jimi dan goreng pisang coklat cheese

Nov 17, 2014


baru kejap tadi aku dikejutkan oleh satu berita.
dapat wassap daripada grup.
jimi,  kawan aku dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada & sesak nafas.
sekarang ni, doktor tengah buat beberapa test.

berharap benar aku, dia tak menghadapi mudarat.
ada kengkawan yg dah bergegas ke sana.
mereka akan update apa-apa perkembangan.

habis je waktu ofis nanti aku akan menyusul ke sana.
sementara itu, aku berdoa aga takde apa-apa yg buruk berlaku padanya.

********
yg buat aku betul-betul terkejut.
baru petang semalam aku jumpa dan berborak dengan jimi.
dia sihat walafiat saja.

sebenarnya aku ke satu majlis kenduri kahwin.
kebetulan dekat dengan area rumah jimi.
maka aku pun hantar mesej.
dia respons, suruh aku singgah ke rumahnya.
beriya-iya benar suruh aku datang, walaupun perut aku dah sarat.

dia hidangkan goreng pisang coklat cheese yg tengah popular sekarang ni.
kononya trend baru makan goreng pisang. stylo...
kami berborak dan bergelak ketawa.
maklumlah bukan selalu jumpa dan lepak begitu.


goreng pisang bercoklat memang sudah heavy ditambah pulak dengan cheese.
aku tak makan banyak sangat.
sebab perut masih senak makan kenduri tadi.
tambahan pulak aku ni bukan penggemar makanan yg manis.
tapi jimi pulak yg lebih-lebih sebagai tuan rumah.
dia yg makan banyak...!! hehe

aish....aku tak rasa itu penyebabnya...
jimi jatuh sakit.
cuma aku terbayang-bayang wajah jimi yg menahan sakit.
dengan wajah girang jimi bila kami bertemu semalam...

ya tuhan...selamatkanlah kawanku, jimi...

*****
update 18 nov.

alhamdulillah, jimi ok
semalam dah buat test. ecg dan scan ultra sound.
kemudian, ct angio scan.
ya, ada blockage tapi sekitar 10-20%
doktor kata boleh recover dengan medication.
petang ni dah boleh discaj...



bukan hanya indah di mata

Nov 14, 2014


semalam sepanjang hari bermesyuarat di usim - universiti sains islam malaysia
walaupun bukan pertama kali ke sini, tapi pertama kali masuk ke bangunan utamanya, canseleri.
kampus yang nyaman dan cantik landskapnya.
layanan stafnya juga, 1st class.

seperkara yg menarik, semua aktiviti dihentikan bila masuk waktu solat.
malah azan dikumandangkan melalui speaker.
bukan hanya indah di mata, tapi indah juga di hati.


dan sebagai warga nilai, aku bangga ada sebuah universiti awam tersergam di sini.






meh kita berendoi

Nov 10, 2014


jangan tak tahu sekarang ni dah ada orang bisnes pakej majlis berendoi.
sama jugak macam pakej majlis bertunang atau berkahwin.
kalau tak caya tengok je iklan merata-rata dah ada tawarkan pakej.
nanti majlis berkhatan pun mungkin ada jugak hehe

sabtu lepas sempat la ke majlis berendoi anak sedara.
memang seronok tengok keletah si kenit yg botak.
majlisnya pun kemain lagi...!







'busy' hanyalah alasan

Nov 5, 2014


teringat boss aku yg dulu.
dia sangat pantang bila dia bertanya sesuatu hal.
tapi kita atau stafnya jawab 'saya tak tahu..."
walaupun kita memang betul-betul tak tahu.
cover je la.
"nanti saya akan semak..."
"saya tak pasti...saya check dulu, nanti saya bagitau boss"

aku pulak pantang betul kalau orang kata dia sibuk.
busy yang teramat sangat sampai tak boleh nak buat kerja lain yg kita suruh atau minta.
hatta nak jawab telefon,  mesej, atau e-mel pun tak de masa.
apatah lagi nak semak fail atau rekod.
kerja apa yang sibuk sangat!

update status di fb,ig,twitter etc sempat pulak.
komen dan like status kengkawan dia ada masa.
merapu dan meraban di grup wassap boleh pulak.

owhhh...mungkin itu semua yg menyebabkan dia 'busy'.






orang malaysia suka main air

Nov 3, 2014

sebenarnya bukan orang malaysia je.
pergila mana-mana di serata dunia.
memang ramai suka main air.

lihat saja di tepi pantai.
bila musim cuti atau hujung minggu.
nak pasang khemah, nak hamparkan tikar malah nak duduk pun takde ruang.
sama jugak la kawasan air terjun.
sekarang ni banyak ada taman tema air.
pun...sesak dengan orang yg seronok main air.

sabtu lepas ada kenduri kahwin kawan sekerja wifey di melaka.
jadi terlanjur dah ke sana, dengan duit tol dan duit minyak tambah lagi salam sauk.
elok juga kita bermalam je kat sana.
lagipun anak-anak baru je tamat exam hujung tahun.

yeay...! kita bermalam di bayou lagoon resort.
yang lebih penting dapat main air!

aku main air kejap je.
bagilah peluang anak-anak & orang lain hehe
rasa sesak sangat la, sampai berlaga-laga.
hendak pulak yg ada gelongsor tu.
rasanya budak-budak sesuai la.
kalau orang dewasa silap-silap tersangkut hehe

bilik memang selesa la

view dari koridor bilik

yep memang banyak gelongsor air

*******

masa aku duduk memerhati orang bersukaria sambil duduk di bangku.
aku dtegur oleh seorang pak cik.

"tak main air ke?" tanyanya ramah.

"tengok budak-budak main je..." jawab aku sambil tersengih.

"seronok jugak main gelongsor tu. dulu-dulu takde benda cenggini.
ini pertama kali seumur hidup...anak-anak bawak" pak cik tu bercerita dengan nada riang.

'ya...dulu-dulu memang takde. seronok la kan..." aku balas.

"tapi ada bahaya jugak. budak-budak sesuai la...." sambung pak cik tu.
"orang tua tak berapa elok. boleh tersangkut..." kata pak cik tu sambil menunjukkan sikunya yang luka sikit.

nyatalah.
orang kita memang suka main air.
termasuklah pak cik tu.






tiba-tiba wife aku minat bola

Nov 2, 2014


dulu aku ingat negeri sembilan boleh jadi kuasa baru bola sepak malaysia.
3-4 tahun je bertahan.
tapi adalah jugak menang piala malaysia 2 kali.
bila team dipecahkan, pemain dibeli pasaukan lain...jatuh merudum.

kemudian diorang kata the red warriors pulak sebagai kuasa baru bola.
sempatlah beberapa tahun di puncak.
sama jugak, bila team dipecahkan dan pemainnya dibeli pasukan lain.
team kelantan pun nampak tak sekuat dulu.

sekarang ni dah 2 tahun berturut-turut pahang menjuarai piala malaysia.
tapi ada yg kata JDT pun kuat jugak. mereka menang super league.
tak nak lah ulas final semalam.
kengkadang kita melebih-lebih.
bukankah menang kalah tu adat, tak payah nak kutuk lebih-lebih sangat.
sokong team sendiri sudah la.

aku tumpang tuah la.
sebab wife aku orang pahang.
beriya-iya dia sokong pahang malam tu.
walhal tak pernah minat bola pun hahaha

esok boleh la cuti.
sebab MB pahang dah declare cuti kan hehehe