Faris

Feb 22, 2010

dia adalah anak buahku. anak kepada atih. anak tunggal. faris masih kecik lagi sewaktu ayahnya meninggal dunia akibat strok dalam usia muda. atas permintaan atih, aku yg ketika tu masih bujang, diminta tinggal bersamanya.

oleh sebab ketiadaan ayahnya, akulah tempat faris menumpang kasih. dia sangat rapat dengan aku. kira-kira setahun setengah aku tinggal bersama mereka di KL. faris sudah ku anggap macam anakku sendiri. kadang-kadang atih menegurku kerana terlalu manjakan faris.

kemudian aku berkahwin & berpindah rumah. jarak & masa menjadi kekangan. sungguhpun setiap kali, kalau ada kelapangan aku akan menjenguk faris ataupun setidak-tidaknya menelefon bertanyakan khabarnya. tapi semakin hari, tumpuan aku pada faris semakin berkurangan. kami kembali rapat bila atih buat keputusan untuk bersara awal & berhijrah ke kampung. jarak mendekatkan kami semula.

beberapa tahun kebelakangan aku sibuk menguruskan anak-anak & keluarga sendiri. aku sedari yg hubungan kami semakin renggang. aku semakin jarang meluangkan masa bersama faris. faris juga sudah meningkat remaja.

beberapa hari lepas aku dapat tahu daripada atih, yg faris akan berpindah sekolah ke KL semula. aku agak terkejut. tetapi faris sudah buat keputusan untuk hidup berdikari. dia sudah besar sekarang.

mungkinkah faris berkecil hati terhadapku kerana aku mengabaikannya?
adakah aku bersalah kerana semakin kurang meluangkan waktu bersama faris?
adakah aku lebih mementingkan anak-anakku, sedangkan faris lebih dulu hadir dalam hidupku?
aku yg dulunya tempat faris menumpang kasih, tidak lagi boleh diharapkan sebegitu?

aku berasa bersalah & terkilan kerana dikuasai kealpaan yg faris suatu ketika dulu seorang yg amat aku sayang, seorang yg aku manjakan, seorang yg menganggap aku sebagai ganti ayahnya, seorang yg tidak pernah kenal kasih sayang ayahnya.

tak sedar, aku menangis mengenangkan faris...

4 refleksi:

Anonymous said...

kdg2 kita sukar mengongsikan kasih utk semua org yg kita syg.
jgn sedih, bila dewasa nanti faris pasti tkkan lupa saat2 dia bersama awak...

rahimin said...

kesian faris kehilangan ayah pd usia muda. menumpang kasih org. aku perayau kau sdh buat yg terbaik. tk perlu rasa terkilan & sedih...

editor kampung said...

inilah cerita kehidupan yg ada pelbagai sisi.
biarpun kita cuba utk jadi sempurna tp kita sbg manusia tdk mungkin sempurna.
faris akan mengerti bila dewasa nanti...

suriahoney said...

ciannye...