aku akan hanya makan tengah hari di luar.
maksudnya aku tak nak makan di kantin dekat ofis aku.
aku akan hanya makan tengah hari di situ, kalau benar-benar lapar.
bukan aku tak mahu makan tengah hari, puncanya aku dah muak. seolah-olah makan menu yang sama setiap hari.
walaupun pengusaha kantin sudah beberapa kali bertukar, biasanya pada bulan pertama aje yang boleh tahan, selepasnya, macam makan untuk 'pujuk' perut aje, bukan untuk penuhi selera.
di luar, aku boleh pilih tempat kesukaan atau makan yang menepati selera aku. biarlah mahal sikit, tak mengapa. asalkan berbaloi. masalahnya, waktu makan tengah hari terhad. hanya 1 jam saja. tolak perjalanan, cari parking, kemudian terpaksa tergesa-gesa pulang ke ofis.
jadi aku buat keputusan. hanya makan tengah hari, kalau lapar sahaja.
bukan sebab nak diet seperti yang disangka oleh seorang kawan. atau nak berjimat sebagai mana sangkaan seorang rakan sekerja. lagipun, adakah menjadi kesalahan kalau tak makan tengah hari?
5 refleksi:
memang kesalahan, sebab memudaratkan kesihatan
err..kalau susah dapatkan makanan, apa kata kau pesan kat Baby-T masak sedap-sedap dan hantar ke ofis you?
kesalahan ke atau keperluan?
kat kantin aku pun sama.
tapi sbb lapar, makan aje lah. kalau boleh pengusaha kantin buat menu ala-carte barulah bnyk pilihan.
atau tukar menu setiap hari, barulah ok.
memang dilema.
tk mkn lapar, mkn tk sedap.
mkn luar mahal, masa terhad.
makan loti lor...
Post a Comment