Sistem canggah

Feb 2, 2010

aku sengaja nak cuba pakai istilah baru ni. bukan aku salah eja.
kalau boleh aku nak mohon DBP masukkan dalam daftar istilah mereka & kalau diluluskan nanti boleh dimasukkan dalam kamus dewan.
sistem canggah adalah disebabkan sistem canggih yang menyusahkan.
walaupun guna sistem canggih tapi menyusahkan & menggendalakan urusan.
ini bercanggah dengan canggih yang sepatutnya memudahkan, lancar & cepat.


beginilah aku jelaskan.
sistem permohonan cuti aku perlu dibuat secara online.
oleh sebab aku perlu bercuti minggu depan kerana ada urusan di mahkamah, jadi aku pun memohon cuti.
malangnya, berkali-kali aku cuba klik untuk permohonan (belum hantar pelulus lagi), sistem mengatakan yang baki cuti aku tidak mencukupi. maknanya kuota cuti aku dah habis.
mana mungkin!
cuti aku untuk tahun ini masih berbaki 26 hari lagi.
lebih memeningkan terpapar dengan jelas pada borang permohonan cuti online itu sendiri tercatat baki cuti aku ialah 26 hari lagi...
tidaklah itu 'sistem canggah' namanya!
hal yang mudah pun jadi susah disebabkan konflik yang mereka cipta teknologi itu.
sekarang aku perlu minta seorang staf aku yang mengendalikan (administrator) sistem cuti di ofis aku supaya hubungi & minta penjelasan daripada pihak yang menguruskan sistem ini di bahagian sumber manusia.
sekali lagi 'sistem canggah' mengatasi sistem canggih...

4 refleksi:

editor kampung said...

memangla sistemnya canggih, tp org yg kendalinya tk berapa canggih, itu pasalla yg jadi 'canggah' tu...

suriahoney said...

i sokong abg bangsawan, jom kita wat laporan polis...eh, buat memorandum hantar dbp

tdevaraj said...

bak pe hantar memo kat dbp..hantar ajelah kat HR kat tempat TS kerja...mungkin TS boleh guna khidmat Baby-T untuk hantar memorandum tu

suriahoney said...

laaa, org citer pasal 'canggah' la...