tanpa sedar, ramai yang terpengaruh atau dipengaruh atau tanpa dipengaruhi sesiapa berpegang pada teori hitam putih. baik dalam cara mereka berfikir, membuat keputusan atau memandang kehidupan ini secara keseluruhannya.
bagi mereka hanya ada hitam dan putih dalam kehidupan. tiada warna lain. takda merah. takda biru. takda kuning. tiada warna warni. perwatakan & persepsi mereka hanya mengiktiraf hitam atau putih tanpa peduli kewujudan warna lain.
mereka hanya mahu melihat semua perkara dalam hitam putih. semua kejadian dalam hitam putih. semua tindakan dalam hitam putih. hanya ada yang baik atau yang buruk. yang betul atau yang salah. hanya ada dosa atau pahala.
lebih buruk lagi mereka melihat yang baik dari sudut pandang mereka sendiri. mereka memilih yang betul atau salah daripada kotak pemikiran mereka sahaja. jahat atau baik adalah dari sudut pandang mereka semata-mata. mereka menghukum amalan dosa atau pahala tanpa ada alternatif lain. hitam atau putih.
sama ada betul atau salah - tidak ada apa-apa di tengah-tengahnya. takda kompromi. takda toleran. takda tolak ansur. takda timbang tara
sama ada baik atau buruk - takda yang sederhana. takda yang paling baik. takda yang semakin baik atau hampir baik. takda yang kurang buruk.
sama ada dosa atau pahala. halal atau haram - takda makruh. takda harus. takda darurat.
malangnya, mereka ini hanya melihat atau menghukum orang lain. tetapi tidak melihat diri mereka sendiri dalam bentuk hitam putih. mereka adalah putih. yang hitam adalah orang lain. pendapat mereka, setiap perbuatan mereka, setiap tindakan mereka, setiap buah fikir mereka, setiap pandangan mereka, setiap keputusan mereka - adalah putih.
putih bermakna betul. putih bermakna benar. putih bererti baik. mereka membentuk acuan hitam atau putih sendiri. malah mereka ini - menginterpretasi undang-undang, peraturan, adat & hukum agama sedia ada - mengikut tafsiran mereka yang lebih tepat, lebih betul, lebih baik.
golongan ini semakin menguasai kehidupan orang lain. ramai yang semakin terpengaruh. ramai yang semakin mengamalkannya. jika dunia ini dikuasai golongan seumpama ini, maka kehidupan manusia takkan ada lagi warna warni. semuanya dalam bentuk hitam putih. semua yang berwarna mesti dipadamkan.
musykilnya, yang putih cuma mereka & golongan mereka. yang betul cuma mereka. yang baik cuma mereka. yang cantik hanyalah mereka - mereka mewakili yang putih!
yang buruk, yang jahat, yang salah adalah orang lain - yang hitam!
bayangkan kalau kehidupan kita semua & dunia ini dikuasai oleh golongan 'putih' ini...
bosannya...
4 refleksi:
artikel yg menarik...
tak dinafi, memang golongan ni semakin menunjukkan identiti. mahu menguasai org lain seolah-olah mrk saja yg betul!
anehnya jumlah mereka semakin ramai. terutamanya mrk yg hanya ikut-ikutan menjadi golongan 'putih' atau lebih putih daripada putih...
b&w wat pe, i suke pink...
memang, ramai yg nampak hitam atau putih je. dia aje yg betul, org lain semua salah.
Post a Comment