mat san ada masalah. dia lemah dalam english.
sedangkan setiap pelajar perlu lulus kertas english untuk capai honours.
kertas english perlu dihabiskan sebelum tamat tahun 3 pengajian.
aku dah habis kertas english sejak tahun 2 lagi. nak kata terer tu tidaklah, sebab lulus pun cukup makan je.
bukan mat san sorang saja yang ada masalah itu. ada ramai. terutama yang asas english mereka lemah. ada yang terpaksa extend, semata-mata nak habiskan kertas english. tetapi taklah seteruk mat san. setakat tahun 3, dia masih ada 4 kertas english lagi untuk dihabiskan. itu adalah misi mustahil!
walaupun mat san sama batch dengan aku tetapi umurnya lebih daripada aku. kalau ketika tu, orang gelar mahasitua bukan mahasiswa. mat san ambil cuti belajar dari majikannya. mat san orangnya sangat baik. budak jawa yang alim. setiap minggu dia akan balik ke kampung naik motor kapcai cabuknya untuk ziarah orang tuanya. selain bantu mereka di kebun di banting, selangor. setiap kali pulang ke kampus dia akan bawak balik pelbagai bekalan makanan atau buah-buahan dari kampung untuk aku & kawan-kawan lain. walaupun dia tak sama jurusan dengan aku sebab dia ambik ekonomi tapi entah kenapa kami kawan baik. gara-garanya dia tinggal sebilik dengan kawan sekolah aku, mat sir. kebetulan, mat sir jugak ambik jurusan ekonomi. aku selalu lepak di bilik mat sir. jadi kami bertiga jadi kawan baik.
aku jugak selalu pinjam motor mat san untuk beli nasi lemak panas tengah malam. kadang-kadang aku hanya bagitau mat san yang aku pinjam motornya pada keesokan harinya saja. sebabnya, mat san biasanya tidur awal, bimbang miss solat subuh, katanya.
aku jugak selalu tolong mat san buat homework englishnya. aku jugak cuba ajar dia. tapi mat san sukar terima. aku pelik jugak banyak kertas ekonomi termasuk kertas statistik, mat san boleh lulus dengan baik, tapi subjek englishnya hancur. kadang-kadang dia upah aku dengan makanan & minuman. aku kesian dengan mat san. dia dah cuba, tapi langsung tak berupaya. malah kalau boleh, aku sanggup duduk untuk ujian englishnya demi untuk membantu mat san untuk lulus!
pada tahun ke-3, mat san tidak lagi tinggal di hostel. tetapi mat san selalu datang ke bilik aku di hostel untuk bantu dia buat homework english. dia selalu mengeluh akan kesukaran & kebimbangannya gagal ke tahun akhir. aku rasa kecewa, kerana tak dapat berbuat apa-apa lagi untuk membantunya. peraturan tetap peraturan.
semasa aku di tahun akhir, mat san masih bergelut menghabiskan kertas englishnya. dia tidak lagi datang mengunjungiku di hostel. tak mahu ganggu aku siapkan tesis, katanya. mungkin juga dia rasa serba salah atau malu. selepas itu, kami jarang berhubung.
hinggalah selepas aku habis belajar & mula bekerja, aku dapat khabar daripada mat sir. bahawa mat san gagal menghabiskan kertas englishnya, sekali gus gagal menamatkan pengajian ijazahnya. mat san kembali bekerja dengan majikan lamanya...
kali terakhir aku berjumpa mat san pada majlis kenduri kahwinnya di banting. isterinya cantik lawa, lulusan jurusan ekonomi di universiti yang sama.
yang pasti, aku takkan lupa kebaikan & kejujurannya sebagai seorang kawan.
1 refleksi:
kecian mat san...
Post a Comment