~ cakap politik & silaturahim ~

Oct 8, 2010

1.
kita kena ambik tau hal politik, walaupun tak minat. orang yg berkuasa dlm politik akan jadi pemimpin kita, mahu tak mahu. tapi ada yg selalu cakap, orang politik cakap tak serupa bikin. bagi aku tak semua begitu.
ada trend baru kat negara kita. bila pilihan raya lepas pembangkang menang besar. sebab mereka kata nak tubuh kerajaan baru yg junjung aspirasi rakyat. kerajaan yg ada sekarang tak boleh pakai dah. lemah, banyak rasuah, lebihkan kroni, salah guna kuasa. kalau mereka pegang kerajaan nanti, nasib rakyat akan terbela. harga barang turun, cukai turun, tol dilupus...semua benda baik je yg diorang janji.
aku selalu cakap aku tak minat politik. tapi aku tetap ambik tau perkembangannya. aku jugak selalu cakap "bila belum ada kuasa macam tu la. bila ada kuasa nanti, diorang pun buat benda sama jugak..."
tanda-tanda tu dah mula nampak sekarang...
alah politik. sama je!

2.
bila buat majlis je, alasannya nak eratkan silaturahim. asal buat acara je, asasnya nak pupuk silaturahim.
buat majlis sambut tahun baru dengan bakar mercun sambil bbq pun sebab nak erat silaturahim jugak.
poco-poco setiap malam rabu pun sebab nak kuatkan silaturahim. siapa yg tak nak join tu, akan putus silaturahim, tak baik.
kaum ibu berlonggok petang-petang tepi padang permainan sambil bawak stroller anak-anak, berborak sambil mengumpat sampai azan maghrib tak sedar pun, sebab kita ni hidup berjiran kena campur orang nanti jadi kera sumbang. kena jalin silaturahim.
tujuan nak buat majlis jamuan raya sebab nak eratkan lagi silaturahim. walaupun hampir setiap rumah dah buat open house, jiran yg sama jugak datang. kena bayar rm30. sapa tak ikut serta & tak bayar maknanya tak ikut semangat silaturahim. majlis diisi dengan makan, makan dan makan.




0 refleksi: