aku ada terbaca yg proton memaklumkan pemilik kereta model gen2 & neo terdapat kerosakan pada clock ring yg boleh menjejaskan pemandauan malah keselamatan kerana menggagalkan fungsi air bag. bukan semua kereta, hanya kereta keluaran 2004-2008 dengan no. chasis tertentu dikenal pasti & dipanggil balik. kepada yg lelain boleh juga datang ke pusat servis proton untuk ujian.
bukan. kereta aku tak terbabit. tak punya air bag pun. lagipun dah semak no. chasis tu pada laman web proton. sah, tak terbabit. aku sendiri sebenarnya tak tahu pun apa fungsi clock ring itu. di mana diletakkan dalam bahagian sebuah kereta pun aku tak tahu.
tapi sejak 3-4 hari lepas aku hadapi sedikit masalah dengan stereng kereta. agak ketat & keras ketika membelok atau memarkir kereta. ada bunyi geseran yg kuat pada sambungan pemegang stereng dengan tapaknya. aku sedikit bimbang. adakah kerosakan ini akan bertambah buruk? besarkah kos untuk membaikinya?
petang rabu, ianya menjadi semakin serius. semakin sukar untuk mengendalikan stereng. jadi, ak takde jalan lain selain menghantarnya ke bengkel. di bengkel servis, aku melaporkan masalah yg aku hadapi pada mekanik. dia pun mengambil maklum & melakukan test drive. selesai itu, dia pun menjelaskan pada aku kemungkinan berlaku kerosakan pada clock ring. sebenarnya clock ring itu di pasang pada bahagian stereng. kemungkinan bahagian dalamnya pecah & itu mengganggu kelicinan pergerakan putaran stereng.
katanya kos menggantikannya agak mahal. boleh mencecah melebihi rm300 jika menggunakan alat ganti tulen. dia memberi pilihan pada aku sama ada untuk menukarnya di situ atau mencari alternatif lain. katanya kemungkinan ada sesetengah kedai aksesori kereta menjual peralatan itu. harganya mungkin lebih murah.
aku pun berfikir & mengambil keputusan untuk menggunakan alternatif yg dicadangkan. jika aku tak dapat cari alat ganti itu, jalan terakhir ialah kembali ke situ semula. beberapa kedai aksesori yg aku kunjungi tidak mempunyai stok alat ganti itu. sehinggalah aku sedikit putus asa. singgah di kedai aksesori terakhir, jika takde juga terpaksalah aku kembali ke bengkel pada awal tadi. di kedai aksesori itu, mereka juga mengataakan tiada alat ganti berkenaan. tetapi mencadangkan supaya aku membuka & mengeluarkan clock ring itu. itu sebenarnya akan menyebabkan hon aku tidak berfungsi. fungsi audio pada stereng juga tidak lagi berfungsi. itu saja caranya untuk mengembalikan keselesaan memandu & mengendalikan stereng.
jadi itulah pilihan terakhir yg aku lakukan. lalu clock ring itu dikeluarkan. aku kembali memandu dengan selesa walaupun kini tak boleh lagi menenggunakan hon & fungsi audio di stereng. lagipun aku cuma perlu bayar rm5 saja.
0 refleksi:
Post a Comment