apabila kita berasa sudah berhabis daya melakukan yg terbaik dalam kerja, ianya masih tidak sempurna pada pandangan mata orang lain. daripada pengalaman sendiri & kawan-kawan memang benarlah "sekali kita buat silap, itulah yg akan dijaja, sedangkan segala kebaikan yg kita perbuat selama ini langsung tak dipandang".
lebih menekan & mengecewakan jika tiada sesiapa pun yg menyokong kita, apatah lagi untuk bangun membela & mempertahankan kita. lebih daripada itu, mereka tidak langsung menyebelahi kita.
aku bukanlah anak kecil yg perlu dilindungi & dimanja setiap masa. aku bukanlah pekerja anak emas yg mahu dikelek & dipuji oleh boss setiap hari. aku tak perlukan itu semua.
kami diberi ultimatum 3 bulan untuk memikirkan untuk terus kekal atau beralih arah. aku perlu berfikir. aku perlu membuat pilihan. mungkin...
0 refleksi:
Post a Comment