- itu dulu, ini sekarang -

Oct 15, 2010

kawan 1
aku dah lama berkawan dengannya. lebih-lebih lagi kami sama kompeni. kami selalu keluar makan. dulu, dia dengan aku main belasah aje makan apa pun janji sedap & perut kenyang. termasuklah makanan segera yg popular. beberapa tahun dulu, kawan ini dah berhenti makan sembarangan. dia menjaga makannya. tak makan dah lagi makanan segera. kadang-kadang bila kami keluar makan, pilihan kami terhad. aku boleh saja merungut. tetapi aku respek kemahuannya & cara dia mengawal makan. lagipun perutnya yg dulu gendut kini semakin slim...he he
dia selalu memberi 'ceramah' pada aku tentang pemakanan sihat. aku dengar saja, sebab dia memang betul. aku cuba jugak ikut, walaupun tidak semua. yg aku tahu dia memang cakap serupa bikin. kalau dia tak makan, memang dia tolak hingga sanggup berlapar.
soalnya...
adakah aku perlu terus terikut-ikut dengan 'pegangannya'? tak mengapa, sebab aku tahu dia buat perkara yg betul & aku jugak dapat sebahagian manfaatnya...lagipun dia seorang kawan walaupun semasa susah atau senang. aku senang mengekalkan persabatan kami kalau boleh sampai bila-bila.
kawan 2
dia memang kawan lama aku. dulu bekerja di kompeni yg sama. hingga kini kami terus berkawan. dulu kami sering berseronok bersama, maklumlah ketika tu aku masih bujang. tapi dia dah pun kahwin. tetapi masih berperangai macam orang bujang, lepak kedai mamak, pergi karaoke, balik lewat ke rumah, menonton wayang, tengok bola di stadium. malah yg aku tahu dia jugak selalu ponteng sembahyang termasuk sembahyang jumaat. pernah isterinya sendiri mengadu pada aku supaya menasihatkan kawan aku itu yg seakan-akan masih dalam dunia bujang & asyik berseronok.
sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia mula berubah seiring usia yg meningkat. dia mula rajin ke surau. tingkah lakunya jugak semakin jinak. malah aku dapati blog miliknya terisi dengan cerita teladan, nasihat, 'ceramah' agama, pendeknya tulisan yang cenderung kepada kebaikan. dalam masa sama tulisannya & cakap-cakapnya semasa kami berjumpa & berbual mula berbaur sinis atau sinikal. walaupun tujuannya baik tetapi caranya tidak sesuai. adakalanya dia bersikap sarkastik.
beberapa rakan yg ku kenal rapat dengannya, mempunyai pendapat yg sama. malah mereka mula menjauhinya & semakin renggang. kami tidak lagi boleh bergurau kerana apa saja yg kami buat dianggapnya sebagai serius. malah kerap kali acara lepak-lepak kami berakhir dengan 'sedikit tegang' dengan sikapnya yg semakin berubah itu.
kami respek perubahannya kepada arah kebaikan tetapi dalam masa sama. dia juga harus respek kami sebagai kawan-kawannya. baru-baru ini, hampir tercetus 'gaduh besar' dengan seorang kawan gara-gara dia menegur isteri kawan itu yg dikatakan tidak menutup aurat.
baru-baru ini aku melayari laman fesbuknya. lalu aku terjumpa link yg membawa kepada akaun fesbuk anaknya (seorang lelaki). aku terkejut melihat profil anaknya dengan gambar tidak berbaju. sambil itu terdapat koleksi gambar anak lelakinya itu 'bersosial' dengan teman-teman wanitanya.
cakap tak serupa bikin...kritik & menasihat orang dia pandai, tetapi anak sendiri tidak pula dikawalnya. aku makin hilang respek padanya sebagai kawan. tetapi demi kawan aku kekalkan persahabatan kami, tapi nampaknya tidaklah sama akrabnya. aku mula meragui sampai bila persahabatan kami dapat terus bertahan...

0 refleksi: