sudah tersurat, pada suatu ketika dulu seorang ketua keluarga telah mewasiatkan anak-anaknya beberapa bidang tanah untuk didirikan rumah. 3 anak lelakinya diberikan bidang tanah agak jauh sedikit daripada tapak rumah pusaka. manakala 3 anak perempuannya yg lain diwasiatkan supaya membina rumah berdekatan antara satu sama lain dalam sebidang tanah yg tidaklah berapa luas tetapi cukup untuk didirikan rumah.
masa berlalu. ketua keluarga itu pun sudah meninggal dunia. manakala, 3 orang anak perempuannya, demi mematuhi kehendak wasiat mendirikan rumah masing-masing berdekatan. mengikut adat perpatih, anak perempuan yg bongsu diberikan rumah pusaka. memandangkan rumah pusaka yg diwarisinya sudah uzur, maka dia & anak-anaknya kemudian mendirikan rumah yg baru pada tapak rumah pusaka yg asal. manakala dua kakaknya yg lain mendirikan rumah berhampiran agak lewat kemudiannya pada usia lanjut memandangkan mengikut suami mereka yg bekerja di perantauan. duduklah ketiga-tiga anak perempuan itu di rumah yg berjiran antara satu sama lain menghabiskan sisa usia mereka.
masa terus berlalu. dua orang kakak itu pergi menghadap illahi. tinggallah yg bongsu tadi masih mendiami rumah di situ. manakala rumah yg dua lagi diwarisi oleh anak-anak generasi kedua. kemudian, anak kakak yg paling tua berhijrah ke tempat lain meninggalkan rumah itu kosong. ada beberapa kali ia disewakan. manakala anak perempuan yg bongsu tadi pula kemudiannya tidak lagi tinggal di situ kerana mengikut untuk tinggal bersama salah seorang anaknya yg bekerja di tempat lain. pada awalnya bertujuan sementara untuk menjaga cucu yg masih kecil, tetapi kemudiannya dia hanya pulang sekali sekala sahaja terutama pada hari raya.
hari ini, maknanya dua rumah daripada tiga itu, dibiarkan kosong tanpa penghuni. malah dibiarkan usang begitu saja tanpa sesiapa pun melawatnya, apatah lagi untuk memeliharanya. tinggallah sebuah rumah saja yg berpenghuni. penghuni rumah yg satu itu, dalam dilema kerana dua rumah yg ditinggalkan itu menjadi rumah tinggal yg menanti rebah. malah kini menjadi sarang binatang liar spt tikus, lipas, anai-anai, semut mungkin juga ular untuk bersarang. bukannya waris kedua-dua rumah tersebut (anak perempuan bongsu itu masih lagi hidup) tidak tahu keadaan sebenarnya tapi seolah-olah langsung tidak ambil kesah atau mempedulikannya.
kalau tidak mahu lagi tinggal di situ, mengapa tidak dirobohkan saja? atau ada agenda lain supaya 'warisan' atau 'tanah pusaka' itu dapat dikekalkan dan tidak diambil alih orang lain?
wallahuaklam.
yg menjadi 'mangsa' ialah keluarga yg masih tinggal di situ. satu sahaja daripada 3 rumah yg berpenghuni. apa agaknya perasaan mereka. berkebetulan pula, 'orang itu' ialah kak lang, kakak aku. dan aku faham perasaannya. adakah 'pewaris' rumah yg dua lagi itu faham?

0 refleksi:
Post a Comment