~ pemandu & hujan ~

Dec 23, 2010


ramai yg kurang menyenangi musim hujan.
walaupun bagi sesetengahnya ianya kitaran musim yg tidak dapat dielak.

hujan juga dianggap sebagai rahmat. kepada pesawah misalnya, yg perlu mengairi bendangnya.
bagi penjual air yg ada gerai di tepi jalan, mereka mengharapkan cuaca panas sepanjang hari.

berlainan pula pandangan para pemandu kenderaan.
terutama mereka yg berulang alik ke tempat kerja menggunakn kenderaan sendiri.
lebih-lebih lagi bila hujan turun serentak dengan waktu pergi atau pulang kerja. waktu puncak...
hujan dikaitkan sebagai 'penambah' kesesakan.
keadaan yg sedia sesak dan berasak-asak akan tambah sesak lagi bila hujan 'masuk campur'.
kalau sebelumnya kenderaan bergerak macam semut, bila hujan lebih perlahan daripada siput.

hujung tahun di negara ini biasanya musim hujan. atau dipanggil musim tengkujuh.
kalau jumlah hujan yg turun lebih daripada biasa atau turun berterusan, maka banjir pula yg bakal melanda.
kalau di bandar, bila hujan lebat akan berlaku juga banjir kilat.

sebagai pemandu, bila memandu dalam hujan lebat, tumpuan lebih kepada pemanduan adalah perlu. jarak penglihatan akan menjadi terbatas.
penggunaan fungsi brek juga perlu lebih kerap. kalau dipandu laju, keupayaan membrek juga tidak mencapai kemampuan maksimumnya.
jadi jarakkan sedikit dengan kenderaan di depan.

pandu pada kelajuan yg sesuai. jika biasa memandu di lebuh raya dengan kelajuan 110 kmj kurangkan kpd 80-90kmj. kalau hujan terlalu lebat & jarak penglihatan sangat terbatas, tidak hairanlah kelajuan akan menurun kepada 50-60kmj sahaja. itu biasa terjadi.

pasang lampu. semata-mata untuk tujuan keselamatan.
lagipun cuaca agak gelap semasa hujan.
supaya pemandu lain tahu ada kenderaan lain di depan, di belakang atau kiri kanan mereka.
tak perlulah pasang lampu kecemasan yg berkelip-kelip itu. akan hanya menyebabkan orang lain keliru.
namun masih ramai pemandu yg bersikap tidak peduli. pada mereka, apa guna memasang lampu sebab mereka masih nampak jalan di depan.
soalnya bukan mereka boleh nampak, tapi adakah orang lain nampak kenderaan mereka.

janganlah pula memandu terlalu perlahan, hingga mengganggu & membahayakan pemandu lain.
jika memandu di lebuh raya, kemampuan seseorang memandu dalam keadaan yg sukar seperti hari hujan adalah berbeza-beza. jadi, elakkan memandu di lorong paling laju. gunakan lorong perlahan.

seperkara lagi yg penting pastikan pengelap cermin (wiper) dalam keadaan baik. kalau dah lama sangat, perlulah diganti. jika tidak, ianya akan membataskan penglihatan semasa memandu dalam keadaan hujan lebat.

pemanduan defensif tidak merugikan kita. memandu dengan cermat tidak bermakna kita perlu memandu dengan perlahan. ikut aliran trafik, kalau jalan sedikit lengang biasanya pemanduan perlahan tidak sesuai, pandulah dengan kelajuan sederhana. sesuaikan kelajuan mengikut laluan pemanduan seperti jalan bandar, lebuh raya, jalan berbukit, jalan sibuk, jalan bengkang bengkok, jalan di kawasan kampung atau kawasan perumahan.

sesuaikan cara pemanduan & kelajuan kenderaan mengikut situasi, masa dan tempat.

0 refleksi: