seorang staf aku menghulur nota kecil. mesej panggilan telefon.
ketika itu aku sedang hadiri mesyuarat.
aku sempat baca mesej itu.
nama seorang kawan lama tertera pada nota kecil itu.
kawan yg sudah bertahun-tahun aku cuba jejaki. tapi tak jumpa.
kali terakhir aku ketemunya, di majlis kenduri perkahwinannya. di batu pahat, johor.
aku & seorang lagi kawan, zol sampai sesat-sesat mencari rumahnya.
selepas itu kami terputus hubungan.
entah di mana silapnya.
mungkin masing-masing sibuk membina kehidupan sendiri.
aku rasa tak sabar-sabar nak menghubunginya semula.
nak bertanya khabar. nak dengar suaranya. mahu berbual dengannya macam dulu-dulu.
tapi...mesyuarat yg sedang dihadiri menjadi batu penghalang.
mesyuarat yg aku sendiri tak tahu bila habisnya. meleret-leret & seakan seperti plot filem hindustan yg sengaja dipanjang-panjangkan sebelum sampai kesudahannya.
aku dah tak sabar.
fikiran aku tidak lagi tertumpu pada mesyuarat yg aku hadiri.
aku mula terkenang peristiwa manis semasa kami berkawan dulu. lebih tepat semasa kami di kampus, sama-sama belajar. sama-sama ke library. sama-sama melepak. sama-sama makan atau ke pasar malam.
mesyuarat yg bermula sejak jam 9:15 pg akhirnya tamat pada 1:00 tengah hari.
sebaik sahaja habis mesyuarat, aku terus menelefonnya.
dia masih kenal suara aku, walaupun aku cuba bergurau dengan menyamarkan diri.
aku juga kenal selanga 'jawa'nya itu.
lantas kami bertanya khabar. perkhabaran terbaru.
panjang sekali perbualan kami.
sorotan dari beberapa tahun dulu cuba diimbas kembali.
rupa-rupanya dia jugak sudah bertahun-tahun menjejaki aku.
lantaran nasibnya baik, tatkala pagi ini dengan tak sengaja dia melayari lama web kompeni aku. demi terbaca saja nama yg dikenalnya tertera pada skrin, hatinya melonjak.
iyalah, nama itulah yg sejak sekian lama cuba dicarinya.
...dan silaturahim yg bertahun-tahun dulu terputus kini terjalin kembali.
dalam tempoh 1/2 jam perbualan telefon itu, terlalu banyak yg hendak diperkatakan. hinggakan berkali-kali kami berlaga cakap.
minggu depan dia akan mengikuti kursus di KL. dan kami sudah merancang untuk bertemu.
aku tak sabar menunggu pertemuan kembali itu.
syukur tuhan mempertemukan kembali dua sahabat lama...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment